[VIDEO] Kecewa dengan kekalahan, penyokong Tok Gajah mengamuk

ezgif 5 33a04c2278 e1656257162845

[VIDEO] Kecewa dengan kekalahan, penyokong Tok Gajah mengamuk.

Tidak mampu menahan kecewa dengan kekalahan terbaharu yang dialami Sri Pahang, penyokong mereka dilihat melepaskan kemarahan kepada pemain sejurus selepas pasukan itu kalah 3-0 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) di Paroi malam tadi.

Kekalahan keenam daripada 10 perlawanan musim ini menyebabkan anak-anak buah Christophe Gamel menduduki tangga kedua tercorot dengan mengutip lapan mata.

Menerusi satu video yang tular, kelompok penyokong Tok Gajah dilihat seakan ‘bertikam lidah’ dengan pemain kerana kurang berpuas hati dengan prestasi semasa skuad yang kini kemarau kemenangan dalam tiga aksi terakhir.

Dalam episod tersebut dapat dilihat penyokong berbalas kata-kata dengan pemain berpengalaman, Muslim Ahmad selepas tamat perlawanan sebelum ditenangkan Nor Azam Azih dan rakan sepasukan yang lain.

Sementara itu dalam perkembangan sama, pengendali pasukan Christophe Gamel menyerahkan segala keputusan kepada pengurusan.

“Apa yang terbaik untuk pasukan Sri Pahang, saya tetap hormati. Soal masa depan, saya serah kepada pihak pengurusan untuk menentukannya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan akhirnya mencatat kemenangan pertama selepas tiga perlawanan, berterima kasih kepada impak segera yang dibawa trio import, Gustavo Almeida, Yashir Pinto dan Matheus Alves.

Baca lagi:

Berang staf tak ambil ‘order’, pelanggan mengamuk gertak staf dengan pisau

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Gatal nak kahwin lain, suami gaji RM1800 je.. Isteri pertama mengamuk madu tiba-tiba mesej tuduh habiskan duit suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *