Ambil masa 30 minit pujuk, pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet

Ambil masa 30 minit pujuk, pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet

Ambil masa 30 minit pujuk, pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet.

Dua pasangan kekasih ditahan dalam serbuan yang dijalankan sempena cuti umum sambutan Hari Wesak selepas mereka disyaki berkhalwat di dalam dua buah bilik berasingan sebuah hotel bajet di sini semalam.

Kedua-dua pasangan yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dicekup dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 10 malam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan pertama, pasangan kekasih itu enggan membuka pintu bilik hotel sebelum anggota penguat kuasa mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk mereka membuka pintu.

kekasih dicekup e1652660746963

“Lelaki dan kekasihnya didapati berdua-duaan dalam bilik hotel itu selain gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan yang sah.

“Dalam serbuan kedua, satu lagi pasangan kekasih didapati berkhalwat di dalam bilik hotel sama tanpa ikatan perkahwinan yang sah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Fadzuli, kedua-dua pasangan itu dibawa ke pejabat Jaheaik dan kes disiasat mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Katanya, dalam operasi sama, Jaheaik dan MPKB-BRI turut menahan sepasang kekasih selepas mereka didapati berdua-duaan dalam sebuah kereta.

“Selain itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dicekup selepas disyaki minum minuman yang keras di sebuah kedai makan di bandar Kota Bharu kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Lelaki itu diberikan khidmat nasihat supaya tidak lagi terlibat dengan pengambilan minuman yang memabukkan,” katanya.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan itu bertujuan mendidik masyarakat untuk memelihara syariat dan kesucian agama Islam.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun

Pekerja premis jualan kereta terkejut, pelanggan mahu beli kereta untuk anak bayar guna 10 guni berisi duit syiling

CATEGORIES