Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan

Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan

Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan.

Nama Sheikh Saleh Al-Talib sedang popular dan trending di mana-mana media sosial sekarang ini.

Persoalannya, siapakah Sheikh Saleh Al-Talib? Beliau sebenarnya merupakan bekas imam Masjidil Haram di kota suci Makkah.

Apa terjadi pada beliau? Sheikh Saleh Al-Talib telah ditangkap oleh Kerajaan Arab Saudi dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan

Sheikh Saleh Al-Talib tidak melakukan apa apa kesalahan. Beliau cuma menegur pemerintah Saudi yang mula menerapkan unsur-unsur liberalism dalam pemerintah negara itu.

Salah satu faktor yang paling ditentang Sheikh Saleh Al-Talib adalah Saudi menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan di tempat awam. Selain itu, beliau juga menentang keputusan kerajaan Saudi yang membuka kelab malam yang dikatakan “halal”.

Jadi, dalam satu khutbah Jumaat yang disampaikan beliau pada tahun 2018, beliau telah menegur pemerintahan Saudi secara tidak langsung berkaitan perkara itu.

Kesannya, Sheikh Saleh Al-Talib ditahan dan dipenjarakan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut dipecat sebagai imam Masjidil Haram.

Kesalahan yang diletakkan pada Sheikh Saleh Al-Talib adalah mengkritik kerajaan Saudi.

Beberapa hari lepas, kes Sheikh Saleh Al-Talib dibicarakan semula. Malangnya, kerajaan Saudi kekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Sheikh Saleh Al-Talib.

Perghhh maksum betul pemerintah Saudi. Tidak boleh ditegur langsung.

Anda boleh bayangkan sendirilah imam Masjidil Haram pun pemerintah Saudi sanggup sumbat dalam penjara.

Mungkin kita selalu dengar media barat selalu kutuk Korea Utara. Katanya negara itu fasis dan suka menghukum sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintahnya.
Padahal Saudi pun sama saja. Puihhh.

Marilah kita sama-sama doakan keselamatan Sheikh Saleh Al-Talib yang dizalimi kerana keberaniannya menegur kemunafikan Saudi.

Baca lagi: 

Kalah tinju, ‘Hulk Iran’ padam semua gambar di Instagram dipercayai merajuk

Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan

Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam ‘ninja’ ketika ceramah kesan dari sihir katak puru

CATEGORIES