Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh, kerja gila Israel dipercayai gali tapak bawah masjid

Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh, kerja gila Israel dipercayai gali tapak bawah masjid

Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh, kerja gila Israel dipercayai gali tapak bawah masjid.

Pegawai di Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah menzahirkan rasa bimbang terhadap kerja-kerja gali dipercayai dilakukan oleh pihak Israel yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan Masjid Al-Aqsa hingga berisiko runtuh.

Ketua Jabatan Wakaf Islam Al-Aqsa di bandar itu, Azzam Al-Khatib telah memberi amaran bahawa masjid itu mungkin akan runtuh jika penggalian itu akan terus dijalankan dari masa ke masa, lapor Arab News.

Pihak Israel dipercayai telah melaksanakan penggalian di bawah tapak Masjid Al-Aqsa sejak beberapa minggu yang lalu dan ia didakwa telah menyebabkan keretakan hingga batu mula tertanggal dari dinding dan juga siling bangunan suci itu.

Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh, kerja gila Israel dipercayai gali tapak bawah masjid

“Terdapat kerja-kerja penggalian yang tidak diketahui dan berbahaya. Tiada sesiapa yang tahu kenapa penggalian itu dibuat dan tujuannya. Kami dapat lihat terdapat sejumlah habuk dan bunyi peralatan penggalian serta batu-batu pecah.

“Gegaran tersebut telah menyebabkan beberapa ketulan batu dari atas siling masjid tertanggal di bahagian selatan.

“Kami meminta pihak polis Israel untuk membenarkan jurutera dan juruteknik dari pihak kami untuk menilai situasi yang sedang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun menurut pegawai berkenaan, setakat ini tiada respon diberikan terhadap permintaan tersebut.

Menurut Al-Khatib, kerja-kerja yang sama seperti itu pernah berlaku sebelum ini, tapi kali ini aktiviti penggalian didakwa berlaku semakin kerap.

“Kami bimbang tentang terowong yang digali akan menyebabkan keruntuhan Al-Aqsa.

“Jadi, kami telah maklumkan kepada Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, Kedutaan Jordan dan Raja Abdullah (Jordan) selaku penjaga tapak suci itu untuk campur tangan menangani isu ini.

“Pihak pengurusan Awqaf Islam tidak mahu berlaku sebarang pergeseran dan sangat mengambil berat tentang apa yang mengganggu gugat kestabilan Al-Aqsa dan seluruh rantau ini.

“Saya telah meminta pihak polis Israel membenarkan kami membaik pulih dinding yang telah rosak dengan batu-batu telah tertanggal yang mungkin akan membawa kepada keruntuhan, tetapi tiada respon.

“Sama ada Wakaf, UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku. Kita diamanahkan untuk menjaga Al-Aqsa, apa yang berlaku sangat membimbangkan dan mungkin akan membahayakan kita,” jelasnya lagi.

Menurut Arab News, pegawai teknikal dalam Islamic Waqaf memaklumkan kepada mereka bahawa satu jawatankuasa jurutera dan pakar bergabung untuk melihat apa yang sedang berlaku dan hasil laporan akan dimaklumkan nanti.

Baca lagi: 

Imam terawih Masjid Nabawi meninggal dunia

[VIDEO] Pakcik ‘Terajang’ budak-budak sebab ganggu jemaah dalam masjid undang kecaman

Menara azan masjid berusia 169 tahun dipanah petir

Beli gereja lama jadi masjid demi bapa

CATEGORIES