Didakwa baling skrip, berperangai syaitan, Mira Filzah tampil bersuara

Didakwa baling skrip, berperangai syaitan, Mira Filzah tampil bersuara

Didakwa baling skrip, berperangai syaitan, Mira Filzah tampil bersuara.

Pelakon Mira Filzah tampil bersuara menangkis tuduhan liar yang memetiknya sebagai selebriti berperangai syaitan hanya kerana satu perbualan sekumpulan selebriti dalam ruangan popcast menerusi media sosial.

Kata pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia tidak pernah berkelakuan kasar atau biadab kepada orang lain sepanjang sedekad terbabit dalam industri seni.

Didakwa baling skrip, berperangai syaitan, Mira Filzah tampil bersuara

“Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa,” katanya membalas kenyataan seorang netizen dalam laman sosial semalam.

Malah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menegaskan tidak mengenali individu dimaksudkan netizen yang kononnya menjadi mangsa perbuatannya.

“Kenal dia pun tak,” luahnya ringkas bagi menjelaskan dakwaan yang dituding kepadanya.

Kenyataan tersebut diluahkan susulan tular satu rakaman video pempengaruh media sosial, Sarancak dan Nell Hanan ketika menyertai sesi podcast bersama Ceddy Ang menerusi TikTok.

Dalam perbualan tersebut, para selebriti media sosial itu berkongsi pengalaman bekerja dengan seorang selebriti yang dikatakan nampak baik di hadapan peminat, namun sikap sebegitu didakwa bertentangan dengan keperibadiannya yang sebenar.

Menghangatkan lagi sesi perbualan, masing-masing mendedahkan selebriti yang diperkatakan pernah melemparkan skrip sewaktu sesi penggambaran, sekali gus menjadikan dirinya sesuai dilabelkan berperangai syaitan.

Sesi berkenaan mencetuskan polemik sejak beberapa hari lalu apabila segelintir netizen mendakwa artis dimaksudkan adalah Mira Filzah. Nama Mira tercetus bersandarkan bayangan yang diberikan tiga sekawan itu.

Begitupun, Sarancak yang juga bekas penyampai sebuah stesen radio tampil menegaskan pihaknya tidak pernah menyatakan Mira sebagai artis dimaksudkan mereka.

“Hello, sesiapa nak tuduh Mira Filzah tu? Bukan ya. Jahat mulut tuduh Mira tak bersalah ya,” katanya dalam ruangan komen.

Pada masa sama, masih ramai netizen mula mempertahankan artis kesayangan mereka apatah lagi sepanjang bergelar pelakon, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak pernah terkait dengan gosip sombong atau talam dua muka.

Sumber

Baca Lagi:
Artis wanita popular jatuh sakit disihir bekas suami sebab gilakan harta
Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini
Ramai yang tak tahu, 3 individu ini tidak perlukan pasport untuk ke luar negara, ini sebabnya
CATEGORIES