Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta dilarikan ‘toyol’

Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta dilarikan ‘toyol’

Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta dilarikan ‘toyol’. Polis sedang berusaha mengesan suspek yang mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta dilarikan 'toyol'

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengesahkan menerima laporan berkaitan kecurian cip kasino daripada pihak pengurusan keselamatan kasino Genting Highlands jam 6.30 petang, Sabtu lalu.
“Laporan itu dibuat berkaitan sebuah bilik kasino dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta dilarikan.
“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek yang terbabit dalam kes berkenaan,” katanya tadi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dimi menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Baca Lagi:
Bangunan yang cantik menyimpan seribu rahsia tersembunyi, individu dedah ada terowong rahsia di bawah Putrajaya yang ramai tak tahu?
Ayah upah nenek buat kerja rumah lepas ibu meninggal, tak sangka dalam diam ayah bercinta dengan nenek
“Selamba joget depan-depan siap pegang perut”, rider dapat pinjam RM100 dari Vincent Tan
CATEGORIES