Artis wanita popular jatuh sakit disihir bekas suami sebab gilakan harta

Artis wanita popular jatuh sakit disihir bekas suami sebab gilakan harta

Artis wanita popular jatuh sakit disihir bekas suami sebab gilakan harta. Perbuatan sihir ditegah dalam Islam namun segelintir orang zaman sekarang menggunakan cara terkutuk itu untuk menganiaya orang yang mereka tidak suka.

Kadang-kadang disebabkan perkara yang kecil, mereka yang disihir hidup sengsara sampai ada yang meninggal dunia.

Menurut Utusan Malaysia, seorang artis wanita didakwa disihir oleh bekas suaminya gara-gara mahukan harta. Mungkin ada perselisihan faham antara mereka hingga menyebabkan bekas suaminya sanggup mengupah orang untuk menghantar sihir tersebut.

Artis wanita popular jatuh sakit disihir bekas suami sebab gilakan harta

Artis wanita itu dikatakan popular ketika awal tahun 2000 dan lakonannya ‘laku keras’ di layar perak. Selepas itu, keberadaannya dalam industri sekejap ada sekejap tak ada.

Dia masih ada dalam dunia seni hiburan cumanya mungkin tawaran untuk berlakon ‘tak kencang’ seperti dahulu.

Namun begitu, kebelakangan ini dikatakan artis wanita tersebut jatuh sakit gara-gara sihir. Lebih mengejutkan, apabila dia pergi mendapatkan rawatan cara Islam, pelaku yang menghantar sihir itu adalah bekas suaminya sendiri.

Mungkin harta artis wanita itu terlalu banyak sehingga bekas suaminya tergamak menghantar sihir demi mendapat apa yang diinginkan?

Namun, jumlah harta yang dimiliki oleh artis itu tidak dapat dipastikan.

Apa-apapun, moga artis wanita tu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Baca Lagi:
Selepas viral nasi kandar babi, tak sangka makin ramai yang datang dan sokong
“5 tahun aku tidur atas lantai, geli nak tidur atas tilam bekas suami ‘main’ dengan perempuan lain”
Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini
CATEGORIES