Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini

Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini

Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini. Amalan meletakkan kain alas di atas perabot dan peralatan rumah telah lama dipraktikkan di Malaysia khususnya bagi masyarakat Melayu.

Hal ini bertujuan untuk memastikan tiada debu dan habuk melekat di barang kesayangan mereka.

Selain itu, suri rumah juga gemar untuk meletakkan kain yang muncul di pasaran dengan pelbagai corak dan warna itu dengan alasan untuk menghias rumah.

Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini

Pasti segar di ingatan rakyat Malaysia apabila ibu atau nenek kita sering menghias televisyen, peti ais, meja serta perabot mereka dengan kain nipis yang diperbuat daripada kain kapas atau kain kait.

Beredarnya zaman, kain ini amat senang didapati dan dijual secara meluas di atas talian atau e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Namun siapa sangka, niat murni ibu rumah tangga untuk menceriakan persekitaran rumah ini sebenarnya mendatangkan mudarat dalam kehidupan manusia.

Seorang pengguna Twitter bernama Kay Khalish memberi amaran keras agar orang ramai berhenti meletakkan kain di atas peralatan elektronik terutamanya peti sejuk.

Menurutnya, kain ini sekiranya diletakkan akan berfungsi sebagai perangkap haba barangan elektrik.

Apabila haba terperangkap, kemungkinan untuk terjadinya kebakaran amat besar.

“Dan tolong jangan letak kain alas atas peti sejuk atau mana-mana barangan elektrik. Pernah sentuh tepi peti ais? Panas? Selimutkan pula peti ais tu, haba tak bebas jadilah ‘trap latent heat’.
“Bil elektrik akan naik dan boleh mengundang kebakaran,” katanya.

Baca Lagi:
‘Instafamous’ terkenal dipenjara, didenda curi penyangkut baju, ubat gigi dan minuman di pasar raya
“Aku membesar di rumah anak yatim, setiap kali ada keluarga datang nak ambil anak angkat, aku berharap sangat mereka pilih aku”
Amalkan 13 tip ini elak rumah kena pecah masuk, nombor 13 ramai yang tak pernah tahu
CATEGORIES