Demi cinta, artis terkenal cium ketiak teman kekasih depan orang ramai

011122500 1648021415 hl2 e1648689101224

Demi cinta, artis terkenal cium ketiak teman kekasih depan orang ramai.

Pelakon Tyas Mirasih rela mencium ketiak teman lelakinya yang juga aktor, Tengku Tezi sebagai bukti cinta antara mereka.

Pelakon sinetron Malaikat Tak Bersayap itu memberitahu, dia rela mencium ketiak teman lelakinya itu bukan sekadar untuk membuktikan cintanya, tetapi juga kerana terikut-ikut dengan trend terkini dalam aplikasi TikTok.

tengku tezi dan tyas mirasih pamer saling cium ketiak go public caa e1648689059963

Biarpun mengakui berasa jijik, Tyas berasa bangga kerana telah membuktikan rasa cintanya terhadap lelaki tersebut.

Perlakuan pelakon berusia 34 tahun itu sekali gus menjawab persoalan netizen tentang keseriusan hubungannya dengan Tengku Tezi memandangkan kedua-dua mereka tidak pernah membuat kenyataan sedang dilamun cinta.

Terdahulu, Tengku Tezi pernah dituduh menjadi punca orang ketiga dalam rumah tangga Tyas bersama bekas suaminya, Raiden Soedjono.

Malah bekas isteri kepada Tengku Tezi, Danisa Khairiyah juga menyebut bahawa bekas suaminya itu berlaku curang dengan Tyas ketika kedua-duanya menjalani penggambaran sebuah filem bersama-sama.

Baca Lagi:

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

Pesawat tergelincir semasa mendarat, juruterbang pelatih wanita cedera

Leave a Reply

Your email address will not be published.