Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000

mahkamah court 1640763630

Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000.

Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Zarina Anjoulie selepas pelakon itu mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun 2021.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan yang Zarina membuat pengakuan itu semalam.

Selain denda, majistret Mohd Firdaus Saleh memerintahkan Zarina untuk menjalani tempoh pengawasan polis selama dua tahun.

biodata zarina anjoulie

Menurut laporan itu lagi, Zarina telah membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul, menggunakan dadah jenis methamphetamine pada 29 Jun 2021 dan ujian medapati air kencingnya positif dadah tersebut.

Dia didakwa mengiktu Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan sepatutnya diadakan hari ini tetapi peguam Zarina, Ahmad Faiz Munawar sebelum ini memohon agar ia diawalkan sehari.

Baca Lagi:

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

Pavillion Kula Lumpur terbakar, ini punca kejadian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *