Rumah agam David Beckham bernilai RM221 juta diceroboh individu bertopeng

004657700 1562395253 000 DV1919377 e1648690166339

Rumah agam David Beckham bernilai RM221 juta diceroboh individu bertopeng.

Rumah agam milik David dan Victoria Beckham bernilai £40 juta (RM221 juta) diceroboh individu bertopeng ketika pasangan terkenal itu berada di kediaman mereka.

Pasangan tersebut dilaporkan tidak sedar ketika pencuri memecah masuk ke dalam bilik tidur tingkat atas di rumah agam mereka yang terletak di Holland Park, barat London.

Difahamkan David, Victoria dan anak perempuan mereka, Harper yang berusia sepuluh tahun berada di dalam rumah agam itu ketika kejadian itu berlaku.

553 5

Kejadian disedari anak lelaki Beckham, Cruz ketika dia pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya.

Menurut laporan The Sun, Cruz, 17, melihat kaca berselerakan di atas lantai daripada tingkap yang dipecahkan.

Dia segera memberitahu ibu bapanya yang kemudiannya menghubungi polis.

Didakwa penceroboh berkenaan telah melarikan diri dengan barangan elektrik dan barangan berjenama lain.

Baca Lagi:

Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Individu yang kehilangan status vaksinasi dibenarkan makan di restoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *