Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi SPNB

Photo of author

By Joe

Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi SPNB. Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Husam ketika dihubungi mengesahkan pelantikan berkenaan namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya belum masuk pejabat lagi, Insya-Allah cadangnya hari Khamis. Nanti selepas itu (beri kenyataan),” katanya ketika ditanya berhubung pelantikannya itu.

Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi SPNB

Terdahulu, sebuah portal melaporkan pelantikan Husam sebagai Pengerusi SPNB.

Husam yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Mas sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Husam tewas kepada calon PAS, Ahmad Fadhli Shaary.

Mantan Pengerusi PH Kelantan itu pernah menjadi Naib Presiden PAS dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan dalam kerajaan negeri pada tahun 2008.

Baca Lagi:
Najib sindir Mahathir, diktator gelar orang lain diktator
Lelaki ini teman isteri pergi pasar beli barang dapur, sekali baru sedar apa yang berlaku sebenarnya
Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka