Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka

Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka

Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka. Sekiranya anda merasakan kehidupan yang sedang dijalani kini adalah sukar, ingatlah bahawa ada yang lebih perit hidupnya daripada kita.

Ada yang terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan setiap hari kerana ketiadaan wang untuk meneruskan hidup.

Hakikatnya, situasi ini juga berlaku di negara kita dan momen menyayat hati itu sempat dirakam oleh seorang pelayar di TikTok, Herman Rawi, lalu dikongsikan pada akaun miliknya.

Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka

Herman melihat seorang gelandangan meminta makanan di jalanan.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan lelaki itu seperti sedang berada di atas jalan raya dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bersama dua anaknya, Hana dan Mateen.

Sewaktu Herman menunggu kereta bergerak, dia ternampak seorang gelandangan mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang berada di situ.

Sebaik sahaja gelandangan itu mendekati keretanya, Herman terus menurunkan cermin tingkap lalu menghulurkan sebiji buah epal yang mana dia sudah berniat untuk makan buah itu nanti.

Herman seperti tidak menyangka dia akan berdepan detik memilukan sehingga menitiskan air mata apabila gelandangan ini menunjukkan reaksi tersangat gembira apabila diberikan sebiji buah.

“Kerana sebiji epal, gugur air mata.

“Cara dia berkata aaa (ekspresi gembira)…” tulisnya pada video tersebut sambil meletakkan emoji sedih.

Dalam rakaman video sama, Herman dilihat terus memerhati gerak geri gelandangan yang sudah berlalu pergi itu dari dalam keretanya, menerusi cermin sisi.

Melihat keterujaan gelandangan itu, berkemungkinan besar epal yang dihulurkan Herman merupakan makanan pertama yang dijamahnya pada hari tersebut dan mungkin juga dia sudah beberapa hari tidak makan.

“Dia pergi ke belakang (kereta) dan duduk di tepi jalan.

“Dia melihat epal yang diberikan dengan penuh rasa teruja. Saya tak pernah tengok orang lain gembira sampai macam tu sekali.

“Waktu tu saya rasa mesti dia dah kelaparan sangat. Maksud saya, cuba perhatikan cara dia tengok epal itu,” ujar Herman yang berasa lega dengan tindakannya menghulurkan sebiji epal yang ada di dalam keretanya.

Ketika anaknya bertanya mengenai kenapa individu tersebut kelaparan, Herman dilihat berasa sangat sebak dan menahan air matanya daripada terus mengalir.

“Mungkin dia dah lama sangat tak makan apa-apa,” jawabnya dengan tenang.

@hermanrawi🥹 best day of my life

♬ original sound – Herman Rawi

Komen netizen di TikTok.

Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka

Kerana sebiji epal, gugur air mata selepas gelandangan tunjuk reaksi yang tak disangka

Baca Lagi:
Kajian dedah Petaling Jaya, Manjung dan Kluang bandar paling bahagia di Malaysia, betul ke?
Dr ini ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau
Hasil live selama sejam di TikTok, Bella belikan superbike Ducati RM150,000 kepada Alieff Irfan sempena ulang tahun perkahwinan
CATEGORIES