Lelaki ini teman isteri pergi pasar beli barang dapur, sekali baru sedar apa yang berlaku sebenarnya. Semalam teman isteri beli barang mentah…
Saya pilih ikan, saya bagi orang tu timbang…dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tengok…
2 ekor bawal, RM18…
Saya ambik ikan kembung, timbang, tengok harga, RM25…ambik cencaru 4 ekor, RM15…saya ikut isteri ke bahagian sayur, ambik bendi, tomato, sawi, carrot, cili, timbang, tgok harga…saya congak dalam kepala harga semua barang tu, pastu ready untuk pergi bayar…
“Ada apa2 lagi x…?” Saya tnya dia…
Isteri kata xde cuma kejap lagi kena beli ayam kedai lain pulak…ok, terus ke kaunter, bayar…smua yang isteri ambik, dalam RM90…then terus ke kedai ayam…sebelum dia turun, saya hulur RM50…
Pastu dia masuk balik, dia bagi dalam RM15…
“Ayam tadi brapa…?” Saya tanya…
RM35 untuk 2 ekor, saiz sedang…singgah kejap bang kedai cina depan tu, nak ambik minyak, santan, tepung sikit…saya hulur lagi RM50 sebelum turun kereta…
Dia naik kereta, dia bagi baki RM30…Total barang dia beli, yang memang dia perlu beli tu dalam RM20…
Sampai je rumah, saya kira balik,
Kedai ikan/sayur : RM90
Kedai ayam : RM35
Kedai runcit : RM20
Total : RM145
Itu sekali dia beli, belanja untuk guna maximum seminggu, minimum 4 hari…selalunya dan kebiasaannya, seminggu 2x kluar belanja barang mentah…jadi anggaran dlm RM300 seminggu untuk barang mentah SAHAJA…
Setiap kali dia ckp “ESOK NAK KLUAR BELI BRG”, maka setiap kali tu lah saya topup beg duit dia…letak RM100 – RM150, selit plak lagi RM50 untuk spare kalau tak cukup…
Lepas balik keje, saya tgok baki dalam beg dia, saya topup lagi setakat mana yang ada dalam beg sendiri…
Itulah LIVING COSTS hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, brg mentah si isteri…no way dan impossible dah kalau bagi RM50, pastu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit…
Barang-barang hari ni harganya tak murah ya wahai para suami…naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dengan keadaan dan situasi semasa..nak BERJIMAT macam mana pun xtahu dah…
Kredit: Firdaus Shakirin