Najib sindir Mahathir, diktator gelar orang lain diktator

Najib sindir Mahathir, diktator gelar orang lain diktator

Najib sindir Mahathir, diktator gelar orang lain diktator. Datuk Seri Najib Razak menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang kelmarin menuduh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai diktator kerana menghalang kebebasan bersuara dan mengambil tindakan untuk menyekat parti pembangkang.

Dalam kiriman di Facebook, Najib berkata adalah pelik apabila seorang diktator memanggil orang lain dengan gelaran itu.

Kiriman FB itu yang dipercayai dikendalikan pentadbir akaun Najib, turut menyenaraikan apa yang dilakukan kerajaan pimpinan Dr Mahathir selepas PRU14 terutama terhadap Najib dan keluarganya.

“Mr ISA gelar orang lain diktator,” kata Najib merujuk kepada cara pentadbiran Dr Mahathir ketika kali pertama menjadi perdana menteri selama 22 tahun apabila ketika itu ramai pemimpin pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terutama menerusi ‘Op Lalang’.

Najib sindir Mahathir, diktator gelar orang lain diktator

Berikut adalah kenyataan Najib menerusi kiriman itu:

“Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan.

Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.

Tunggu sampai malam sebelum Ramadan.

Suruh media datang saksikan dan buat live coverage.

Geledah rumahnya untuk beberapa hari.

Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit.

Beku juga akaun-akaun bank parti dia.

Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat.

Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator”.

Dalam kiriman terbaru di FB Najib, pentadbir akaun itu menyebut; “Tak tunggu lama selepas PRU14, polis di bawah kerajaan Mahathir dan Muhyiddin sebagai Menteri KDN sekat dan check siapa yang keluar masuk ke rumah Najib.

Pondok sementara diletakkan di jalan masuk lorong ke rumah Najib yang terletak di hujung lorong. Bukannya untuk jaga keselamatan, tetapi tapis siapa yang boleh keluar masuk.

Semua pelawat yang masuk atau keluar lorong tersebut perlu serah MyKad untuk daftar dengan polis.

Keadaan ini diteruskan bagi tempoh sekitar sebulan.

Tujuannya ialah untuk tidak menggalakkan kawan-kawan dan saudaranya untuk melawat Najib ketika itu. Pada masa itu semua jadi takut untuk datang jumpa Najib.

Baca Lagi:
Lelaki ini teman isteri pergi pasar beli barang dapur, sekali baru sedar apa yang berlaku sebenarnya
Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda
5 status di media sosial yang boleh buat anda masuk penjara
CATEGORIES