Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu kereta anda, perlu ada 2 benda ni je..

Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu kereta anda, perlu ada 2 benda ni je..

Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu kereta anda, perlu ada 2 benda ni je… Ketika kali pertama kita melihat kereta yang baru dibeli, semuanya serba serbi indah. Tayar dalam keadaan baik, cat masih berkilat tanpa kemik dan sebagainya.

Akan tetapi, apabila kereta anda sudah mencecah usia dua tiga tahun, semakin banyak cacat cela mula timbul pada harta dunia tersebut.

Selepas bertahun-tahun merentas pelbagai permukaan jalan, ceruk kampung dijelajahi dan sebagainya, tak hairanlah keadaan itu berlaku. Apatah lagi, Malaysia boleh dibilang sebuah negara yang agak ekstrem cuacanya. Panas terik, hujan lebat, banjir dan angin kuat boleh mengancam kualiti kenderaan tersebut.

Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu kereta anda, perlu ada 2 benda ni je..

Kereta anda juga tidak dapat kalis daripada terkena ‘buatan orang’ seperti kemalangan, contengan kanak-kanak termasuk calar kerana kecuaian diri sendiri.

Walaupun berlaku macam-macam perkara, hendak tak hendak kita tetap guna kereta itu kerana itulah satu-satunya kereta yang kita ada. Mungkin bagi jenis yang tidak ‘kisah’, anda tidak merasa terkesan apabila melihat sedikit kesan calar pada kereta mereka.

Bagi mereka, kesan-kesan tersebut merupakan satu kebiasaan bagi kereta-kereta yang sudah mencecah dua tahun dan ke atas. Berbeza pula dengan pencinta kereta, segala ‘ketidaksempurnaan’ yang ada pada kereta mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Walaupun kereta sudah diberikan penjagaan yang rapi bagai menatang minyak yang penuh, terdapat beberapa masalah yang masih sukar untuk diselesaikan.

Antara masalah kereta yang paling kerap berlaku, kesan calar pada pemegang (handle) kereta masing-masing. Disebabkan kita kerap membuka pintu kereta, maka kesan geseran mula kelihatan pada bahagian pemegang, tanpa mengira warna kereta sekali pun.

Akan tetapi, jangan putus harapan kerana seorang pegguna Twitter berkongsi cara untuk menghilangkan kesan calar pada pemegang (handle) keretanya.

Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu (handle) kereta anda

Menurut Hadif Walid (@hadifwalid), dia berjaya menemui ‘resepi’ dan ‘teknik’ yang berkesan dalam menghilangkan kesan calar pada pemegang keretanya.

Sebelum itu, Hadif berkongsi perasaan geramnya apabila melihat kesan calar yang semakin menjadi-jadi pada bahagian pemegang keretanya.

Dalam ciapannya, lelaki tersebut berkata bahawa kaedah ini sangat mudah dan memerlukan dua barangan sahaja iaitu, kain mikrofiber dan heavy duty polish.

Hadif menggunakan heavy duty polish berjenama Jetsen kerana baginya, jenama tersebut menawarkan kesan yang paling efektif.

Seterusnya, anda boleh terus menggosok kawasan yang calar itu dengan menggunakan kain mikrofiber dan ulang sehingga kesan calar hilang. Kemudian, ada boleh meratakan bahan pengilap tersebut sehingga meninggalkan kesan yang berkilat.

Jika anda tidak memiliki kain mikrofiber, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai perkakasan rumah. Dalam coretannya, Hadif menegaskan orang ramai agar tidak menggunakan kain biasa.

Selain bahagian pemegang pada pintu kereta, anda jugak mempraktikkan kaedah yang sama pada bahagian kereta yang lain.

Kata Hadif, kebanyakan kesan calar akan hilang melainkan kesan calar yang terlalu dalam.

Baca Lagi:
Apa sudah jadi Liverpool mahu lelong 13 pemain
4 tahun kahwin, isteri terkejut suami terlanjur dengan kawan baik kerja, siap bawa anak check in hotel
Malam pertama aku tak boleh tidur di hospital sakit jiwa, sekali aku ternampak ada 1 bilik yang lebih kecil dari semua bilik..
CATEGORIES