Burung helang termahal di dunia, dijual harga RM1.9 juta, ini punca ia jadi mahal

Burung helang termahal di dunia, dijual harga RM1.9 juta, ini punca ia jadi mahal

Burung helang termahal di dunia, dijual harga RM1.9 juta, ini punca ia jadi mahal. SIAPA menyangka seekor helang boleh mencapai harga jutaan ringgit!

Seekor burung helang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon telah dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah USD$464,400 (RM1.9 juta).

Acara lelongan burung spesies jarang ditemui iaitu Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.

Burung helang termahal di dunia, dijual harga RM1.9 juta, ini punca ia jadi mahal

Penjualan Ab Ultra White Gyrfalcon menjadi rekod terbaharu untuk burung helang termahal pernah dijual di dunia.

Lelongan itu disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.

BURUNG AB ULTRA WHITE GYRFALCON MEMPUNYAI BERAT 980 GRAM DAN KETINGGIAN 42 SENTIMETER.

Difahamkan, burung berkenaan berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Saudi Press Agency, jualan burung berkenaan rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga USD$93,347 (RM386,129).

Helang adalah spesies burung pemangsa atau karnivor. Terdapat 60 spesies helang hidup di negara Eurasia dan Afrika.

Haiwan berdarah panas itu tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa.

Ia juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi mencengkam mangsa. Daya penglihatannya juga hebat untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

5 FAKTA HELANG GYRFALCON

  • Helang betina spesies ini mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding jantan.
  • Ia bertelur dan membiak di pantai Artik dan tundra, pulau-pulau di utara Amerika Utara dan wilayah Eurosiberia.
  • Selama berabad-abad, gyrfalcon telah dianggap sebagai burung pemburu yang hebat.
  • Pada era abad pertengahan, gyrfalcon dianggap sebagai burung bangsawa yang mana Sultan Mesir membayar 1,000 dinar untuk setiap gyrfalcon.
  • Burung ini dikatakan suka mandi di dalam ais yang cair.

Lazimnya, burung helang juga sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan, kehormatan, keberanian dan kebanggaan.

Baca Lagi:
Hantaran RM30,000 aku sanggup tunaikan, tapi masa makan beradab tiba-tiba isteri bisik sesuatu sampai aku tak jadi nak makan habis..
Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi?
Berjaga-jaga! MetMalaysia ramal cuaca panas 9 kawasan di Malaysia bakal cecah 37 darjah Celsius selama tiga hari
CATEGORIES