Jumpa hantu malam raya, guard mengigil ketakutan akhirnya pengsan. Rutin harian seorang pengawal keselamatan bertukar ‘seram sejuk’ dengan kehadiran kelibat misteri pada malam raya.
Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki warga Nepal itu dilihat menggigil dan meracau seperti dalam ketakutan.
Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa terserempak dengan satu ‘lembaga’ ketika sedang bertugas.
Ditenangkan oleh beberapa individu, petugas itu hanya menyebut ‘hantu’ berulang kali sambil menepuk dadanya.
Dalam rakaman itu juga, seorang lelaki berkopiah cuba menenangkan pengawal keselamatan itu yang tidak berhenti menangis.
Lelaki berkopiah itu kemudian menyuruh pengawal tersebut untuk memandang ke atas sebelum dia tiba-tiba rebah.
Tanpa mendedahkan lokasi kejadian, rakaman insiden yang dipercayai berlaku pada malam raya itu, dimuat naik di aplikasi TikTok, sebelum tular di platform Twitter.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa seram, pada masa bersimpati dengab nasib malang pegawal berkenaan.
@chip_head_security #inspirasiraya Security Jaga Malam Jumpa Hantu, Terus Lemah Semangat #inspirasiraya #security #SecurityjumpaHantu #securityguard ♬ bunyi asal – 🇨 🇭 🇮 🇵 🇲🇾💯
“Sampai macam tu dia trauma. Semoga tak dipertemukan (hantu) sepanjang hidupnya.
“Kasihan weh guard ni. Lemah sangat dah semangat dia. Semoga dibawa berubat.
“Malam raya syaitan dah lepas. Kasihan tengok dia takut sampai nak pengsan.
“Ingatkan aku seorang je yang jumpa hantu malam raya,” tulis beberapa netizen.