Suami akan dilaknat jika lakukan 7 perkara ini terhadap isteri

Suami akan dilaknat jika lakukan 7 perkara ini terhadap isteri

Suami akan dilaknat jika lakukan 7 perkara ini terhadap isteri. Kata orang, perkahwinan itu membahagiakan. Ada jugak yang kata, kahwin tu menyeksakan sebab nak kena buat macam-macam benda sendirian tanpa bantuan pasangan (yang jenis pentingkan diri). Zaman sekarang ni suami dan isteri kebanyakannya bekerja sebab nak sara kehidupan. Itu normal.

Macam-macam kes kita baca pasal isu rumahtangga ni, betul tak? Ada yang kena tanggung suami, kena dera dengan suami, suami pulak ada skandal lain, ishh…macam-macam lagilah. Isunya senang je, tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Kami share artikel ni untuk suami yang suka atau tak sedar dah terbuat perkara ni pada isterinya. Jom baca!

Suami akan dilaknat jika lakukan 7 perkara ini terhadap isteri

1. Menjadikan isteri sebagai pemimpin rumahtangga

Rasulullah saw. bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ (HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)

Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan hidupnya bergantung kepada isteri sehingga secara tak langsung menjadikan isteri sebagai pemimpin rumah tangga.Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka kerana tak melaksanakan kewajipannya dan menyulitkan isterinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.

2. Tidak memberi wang belanja

“Rasulullah bersabda: ‘Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.’” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)

“Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”

Beliau bersabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. “(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

3. Tidak melunaskan mahar pernikahan

Dari Maimun Al-Kurady ia berkata: “Saya mendengar Nabi saw. (Bersabda): ‘Siapa saja lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya berniat tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu , bererti dia telah mengacuhkannya.

Bila dia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat dia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq ‘”(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)

4. Mengabaikan keperluan seksual isteri

Suami yang berjimak hanya untuk memuaskan dirinya saja dan tidak peduli kepuasan isterinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda: “Jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan isterinya, hendaklah dia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila dia telah mendapat kepuasan, sebelum isterinya mendapatkan kepuasan, janganlah terburu-buru mencabut kemaluan sampai isteri mendapat kepuasan. “(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami ‘Kabir II / 19/1233 )

Rasullullah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian menyetubuhi isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan di antara keduanya. Ada yang bertanya, apakah perdahuluan itu? “Beliau bersabda:” Ciuman dan ucapan (romantis). “(HR Abu Syaikh)

5. Berjimak ketika isteri haid atau melalui dubur

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “‘Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rasulullah saw., Dia bertanya:’ Ya Rasullullah, saya telah binasa. ‘ Beliau bertanya: ‘apa yang menyebabkan kamu binasa?’ Dia menjawab: ‘semalam saya telah membalik posisi isteriku.’akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rasulullah saw : ’Isteri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian di mana dan bila saja kalian inginkan.’ (Selanjutnya Beliau bersabda : ‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.’ “(HR Tarmidzi no.2906)

6. Menuduh isteri berzina

“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahawa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (dia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)

7. Memukul dan memburukkan isteri

Dari Mu’awiyah Al-Qusrayiri, dia berkata: “Saya pernah datang kepada Rasulullah saw. ‘ dia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rasulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami? ‘Beliau bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk-burukkan mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832)

Ha…bagi mereka yang bergelar suami tu, kena muhasabah balik kot-kot korang pernah buat begini pada pasangan korang. Bukan apa, kalau perkahwinan tu tak membahagiakan, mungkin ada silap kita di mana-mana. Isteri ini kaum yang lemah-lembut dan perlukan kasih sayang, bukan kita buat macam binatang. Betul tak? Kalaupun ada isteri yang jenis pentingkan diri, suka melawan suami dan sebagainya, kita sebagai suamilah yang kena bentuk. Pokok pangkalnya, didik dengan agama dulu beb. Sebab tu ada pepatah mengatakan, ramai yang berlumba mengumpul kekayaan sebelum kahwin, tapi tak ramai yang berlumba mengumpul ilmu perkahwinan.

Baca Lagi:
Hantaran RM30,000 aku sanggup tunaikan, tapi masa makan beradab tiba-tiba isteri bisik sesuatu sampai aku tak jadi nak makan habis..
Berjaga-jaga! MetMalaysia ramal cuaca panas 9 kawasan di Malaysia bakal cecah 37 darjah Celsius selama tiga hari
Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal
CATEGORIES