Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi?

Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi?

Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi? Seorang penjual telefon bimbit di Wangsa Walk, Wangsa Maju menarik balik laporan polis berhubung kecurian iPhone 13 Pro selepas suspek lelaki mengembalikan semula barang tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berikutan tindakan pengadu, polis yang telah membuka kertas dan menyiasat aduan itu mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perompak kembalikan semula telefon IPhone 13 Pro selepas curi, apa jadi?

“Pada Rabu lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima satu laporan berhubung kecurian telefon bimbit itu.
“Dalam kejadian terbabit, mangsa yang bekerja di kedai berkenaan didatangi seorang lelaki berpakaian serba hitam untuk melihat iPhone berwarna perak yang kemudian bersetuju membeli telefon bimbit itu.
“Mangsa meminta supaya suspek menulis butiran di atas resit pembayaran, namun secara tiba-tiba suspek bertindak mengambil telefon bimbit tersebut yang berada di atas meja lalu melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kejadian tampil semula ke IPD pada Khamis lalu, sehari selepas insiden itu untuk menarik semula aduan tersebut.

“Mangsa mendakwa telefon bimbit yang dilarikan itu telah dikembalikan oleh orang awam,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama nanmanjoi memaparkan insiden kecurian yang berlaku di Wangsa Walk itu.

Video berdurasi 39 saat yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan merakamkan perbuatan suspek yang melarikan telefon bimbit berjenama itu.

Baca Lagi:
Towkey judi pancing kaki judi dengan gambar wanita separuh bogel
Anis Sofea padam semua gambar di Istagram, hanya tunjuk gambar free hair – Apa dah jadi dengan isteri Haqiem Rusli?
Rumah banglo 2 tingkat kediaman rasmi TPM Zahid Hamidi terbakar
CATEGORIES