Bunuh teman lelaki demi kerhormatan diri, wanita berdepan hukuman gantung

Bunuh teman lelaki demi kerhormatan diri, wanita berdepan hukuman gantung

Bunuh teman lelaki demi kerhormatan diri, wanita berdepan hukuman gantung. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, pada 20 September lalu.

Bunuh teman lelaki demi kerhormatan diri, wanita berdepan hukuman gantung

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Mount Austin, di sini.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Baca Lagi:
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah
Pemandu beca menang loteri RM14.2 juta, tapi mengaku menyesal menang
CATEGORIES