Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban

Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban

Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban. Rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan 127 nyawa terkorban.

Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 127 orang. Pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban

Pemain-pemain Persebaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.

Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban

Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

Rusuhan penyokong bola sepak, lebih 100 orang terkorban

Baca Lagi:
Dua lelaki bermotosikal lepas tembakan ke rumah, satu keluarga hidup ketakutan
Pemandu beca menang loteri RM14.2 juta, tapi mengaku menyesal menang
Mukhriz dedah sesuatu, PM Ismail Sabri akan dipecat dari UMNO?
CATEGORIES