Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu

Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu

Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu. Terdapat di antara kita yang suka mengumpul barang-barang edisi terhad yang pengeluarannya sangat terhad dan jarang. Mereka sanggup melabur jumlah wang yang besar hanya untuk memiliki barang-barang edisi terhad tersebut.

Salah satu contoh barang edisi terhad yang menjadi tumpuan ramai ialah wang kertas lama yang mempunyai ciri-ciri unik tersendiri, seperti wang kertas RM50 dengan nombor siri ‘0000001’ dan awalan ‘AA’.

Wang kertas edisi khas yang dikeluarkan pada tahun 2007 itu dilaporkan telah dilelong dan kemudiannya dibeli oleh individu yang tidak dikenali dengan harga RM 708,000. Menurut kenyataan di Facebook oleh Trigometric Auctions, selain dari nombor siri yang unik, wang kertas tersebut juga dikeluarkan sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia.

Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu

Dalam rekod lain, Trigometric Auctions mendedahkan bahawa nota edisi khas dengan nombor siri ‘7’ telah dijual kepada seorang individu di Singapura, sementara nota dengan nombor siri ‘9’ dimiliki oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam laporan 2007 oleh The Star, difahamkan bahawa gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyampaikan nota bernombor siri AA0000009 kepada perdana menteri kelima.

rm50 emel pic 301021 1.jpg

“Dengan maklumat terkini yang kami miliki, kami tahu bahawa sepuluh nombor teratas semuanya diberikan kepada pegawai tinggi negeri, (seperti) Sultan dan Agong,” tulis Trigometric Auctions dalam catatan yang memaparkan wang kertas peringatan RM50 dengan nombor siri 2.

Dikatakan bahawa edisi khas ini mempunyai tepi berwarna kuning, sementara edisi lain mempunyai tepi berwarna kelabu.

Menurut pengarah Trigometric Auctions, Hann Boom, kebanyakan daripada wang kertas edisi khas ini dibeli oleh pakar numismatik, mungkin sebagai pelaburan.

Menurut Hann lagi, kesemua wang kertas ini mungkin dibeli untuk tujuan pelaburan. Mungkin mereka menyimpannya untuk sementara waktu dan kemudian menjual semula pada harga yang lebih tinggi.

Pada lelongan lain minggu lepas, wang kertas $25 Sarawak tahun 1929 dilelong dengan harga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual dengan harga RM188,800. Lelongs-lain pada hujung minggu sebelumnya pula telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM8 juta, melibatkan kira-kira 700 pembeli.

Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu

Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu

Mengulas lanjut mengenai nota Sarawak, Hann menyatakan bahawa hanya terdapat 15 keping nota sedemikian di seluruh dunia, beberapa daripadanya telah diberikan gred oleh firma bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan firma China-Malaysia.

“Kami menghantar syiling atau nota kepada syarikat ini yang akan menilai dan menggredkannya dengan sewajarnya,” katanya.

“Harganya juga bergantung kepada cara pemilik menyimpannya. Ia disimpan dalam sarung untuk memastikan ia tidak terdedah kepada udara atau bahan lain yang boleh merosakkan wang kertas tersebut.”

Hann berkata hanya terdapat kira-kira 20 pakar numismatik yang serius dan 600 pengumpul kasual di Malaysia. Beliau menyatakan pengumpul kasual membeli nota dengan harapan untuk menjualnya kemudian.

“Pasaran Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini kerana pertumbuhan itu berlaku secara beransur-ansur. Walaupun ianya mungkin bermula sebagai hobi, akhirnya ia boleh menjadi sesuatu yang boleh menghasilkan keuntungan besar,” katanya lagi.

Baca Lagi:
Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu
Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun
Makhluk apa macam ni? Badan seperti ular tapi ada 2 pasang kaki muncul dalam rumah
CATEGORIES