Tuan Ibrahim sangkal dakwaan pakar Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta

Tuan Ibrahim sangkal dakwaan pakar Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta

Tuan Ibrahim sangkal dakwaan pakar Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta akibat penggunaan air bawah tanah.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan hanya menggunakan tiga peratus daripada air bawah tanah dan ia tidak akan memberi kesan kepada aspek geologi seperti yang didakwa.

“Kelantan memang mempunyai bekalan air bawah tanah yang tertinggi iaitu kira-kira 70 peratus tapi kita hanya guna tiga peratus sahaja.
“Daripada pemantauan yang dibuat di bawah agensi kita, kesannya tidak seperti yang didakwa.
“Cuma yang ada peningkatan kemasukan air masin sahaja tetapi tiada berlaku mendapan,” katanya.
Tuan Ibrahim sangkal dakwaan pakar Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah kajian yang dikongsikan beberapa media bahawa Kelantan bakal mengalami nasib yang sama seperti Jakarta ekoran penggunaan air bawah tanah yang tinggi.

Kajian Pensyarah Tinjauan Universiti Otago, New Zealand, Dr Yong Chien Zheng yang berdasarkan data GPS (Global Positioning System) itu menunjukkan sebahagian tanah di Kelantan tenggelam sehingga 4.22mm setahun akibat pengambilan air bawah tanah.

Menurut Yong, walaupun data yang tidak mencukupi menyukarkan penentuan punca utama, namun terdapat korelasi yang tinggi antara penenggelaman tanah atau bangunan ke paras yang lebih rendah dengan pengekstrakan air bawah tanah.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata setakat ini Kelantan hanya mengambil air bawah tanah di kawasan pinggir pantai sahaja seperti di daerah Bachok.

“Apa yang kita kesan cuma kadar air masin masuk lebih daripada biasa. Sebab itu kita bina penghadang untuk menyekat kemasukan air masin ke loji kita di Pengkalan Datu.

“Setakat ini tiada kesan apa pun dan kita tidak terima sebarang laporan yang mengatakan ada berlaku mendapan,” katanya.

Baca Lagi:
Tunku Putera Johor terbabit kemalangan lumba GT Australia
Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu
Lembu cari tuan sampai ke kedai makan, intai dari jauh macam bini tengok laki melepak
CATEGORIES