“Betul depan muka dia hembus”- Pemain futsal hampir muntah bau mulut pengadil selepas dilayan kad kuning. Sikap panas baran sesetengah pemain bola sepak profesional mahupun amatur tidak dapat dinafikan sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Dengan adanya pengadil perlawanan mampu mengatasi masalah ini dengan sikap tegas dan tidak berkompromi terhadap pemain yang cuba mencetus kontroversi.
Satu video tular dimana seorang pemain futsal berhadapan seorang pengadil perlawanan yang tegas sehingga mengakibatkan dirinya hampir muntah.
Kejadian itu berlaku apabila pemain berkenaan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang memberinya kad kuning.
Pengadil terbabit datang ke arah pemain itu dan memberikan amaran tegas dihadapan wajah pemain berkenaan.
Reaksi pemain itu terus bertukar sejurus terhidu nafas mulut pengadil sehingga mual akibat bau itu.
Rata-rata komen netizen terhibur dengan reaksi pemain itu yang seakan ingin muntah dan terlupa dikenakan kad kuning sehingga digantikan.
“Member sampai lupa kena kad kuning.. Punya power bau tu.
“Betul depan muka dia hembus..Pening player sampai pening,” antara komen netizen.
Agak-agak berapa lama pengadil tak gosok gigi?