Tukang bersih termenung jauh bawah pokok, bila ditanya tak sangka rupanya tengah runsing duit tak cukup nak beli susu anak

Tukang bersih termenung jauh bawah pokok, bila ditanya tak sangka rupanya tengah runsing duit tak cukup nak beli susu anak

Tukang bersih termenung jauh bawah pokok, bila ditanya tak sangka rupanya tengah runsing duit tak cukup nak beli susu anak. Ketika dirasakan hidup sarat dengan pelbagai kesulitan, nescaya ada insan lain yang lebih berat diuji.

Justeru kita perlu sentiasa ingat, dalam setiap rezeki yang diperolehi, ada juga bahagian orang lain.

Melalui satu video tular di TikTok, pemuda dikenali sebagai Saharuddin Amirullah dilihat bermurah hati berkongsi rezeki dengan seorang lelaki yang sedang dilanda kesusahan hidup.

Tukang bersih termenung jauh bawah pokok, bila ditanya tak sangka rupanya tengah runsing duit tak cukup nak beli susu anak

Menerusi video yang dikongsikan Saharuddin di TikTok, lelaki tersebut dilihat berteduh di bawah redup sebatang pokok sambil asyik melayan fikiran.

@saharuddinamirullahTiada apa yang kami harapkan hanya mahu melihat senyuman kegembiraan terpancar di wajah abang ini. Susu anak sudah habis tapi gaji masih belum dapat lagi, jadi kita bantu biar abang ni kembali bersemangat.

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

“Tengok daripada jauh abang ni tengah berehat seperti banyak yang dia fikirkan.
“Jadi saya pun pergi tegur abang ni. Saya tanya, abang tengah rehat ke?, dia kata ya, sedang duduk tenang-tenang kejap. Kemudian saya tanya bekerja sebagai apa.
“Rupanya dia bekerja tukang bersih di kawasan sini, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah. Dikatakan gaji dia hanya sekitar RM1,500 sebulan, tak cukup pun sebenarnya nak beli susu anak yang dah habis di rumah.
“Simpati dengan nasib abang tu, saya kata dekat dia, tunggu kejap nanti saya datang balik,” ujar Saharuddin.

Ternyata Saharuddin tidak kembali dengan tangan kosong sebaliknya dia membawa sedikit bantuan makanan untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

“Pada awalnya, cuma mahu bagi bakul makanan tapi apabila abang ni beritahu susu anak di rumah sudah habis dan gaji lama lagi nak masuk, saya terus hulurkan sekali duit.
“Duit tu untuk pembelian susu buat anak-anak abang ni. Apabila tengok senyuman kegembiraan terukir di wajah abang ni, kami ikut senang hati. Itulah sebenarnya yang kami harapkan,” kata Saharuddin.

Pada ruangan kapsyen, Saharuddin berkata hatinya luluh untuk melihat lelaki tersebut bersedih.

“Tiada apa yang kami harapkan melainkan hanya mahu melihat senyuman kegembiraan terpancar di wajah abang ini.
“Kita bantu abang ni biar dia kembali bersemangat,” tulis Saharuddin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terharu dengan jasa baik pemuda berkenaan.

Tukang bersih termenung jauh bawah pokok, bila ditanya tak sangka rupanya tengah runsing duit tak cukup nak beli susu anak

“Terima kasih orang baik, semoga sihat selalu. Didoakan supaya dimurahkan rezeki anda.

“Pertolongan anda tiba tepat pada waktunya, mak saya dulu pernah berada dalam situasi abang ni, ada orang bagi mak saya RM50, mak saya cakap ibarat diberikan nyawa semula.

“Alhamdulillah, semoga kita semua dapat terus berbakti kepada orang yang kurang bernasib baik,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Peniaga kena tipu dengan pelanggan semasa COD makanan, siap bagi alasan “tengah cuci ayah berak”, sampai ke sudah tak bayar..
“Bekas suami aku kini jadi abang ipar, aku gembira akhirnya kakak aku dapat apa yang dia nak”
Satu kampung diganggu ‘ketuk pintu’ di Johor, penduduk mula dedah sesuatu..
CATEGORIES