Beli banyak tapi cepat kecut? Ini cara simpan cili yang ramai tak tahu selama ini

Photo of author

By Joe

Beli banyak tapi cepat kecut? Ini cara simpan cili yang ramai tak tahu selama ini. Antara bahan mentah yang wajib ada di dapur adalah cili kerana rakyat Malaysia memang suka kepada masakan pedas.

Tetapi selalu terjadi situasi cili yang dibeli didapati rosak apabila hendak digunakan.

Jangan risau, @awangdapur ada membuat perkongsian di laman TikTok tentang cara penyimpanan cili agar dapat bertahan lama.

Beli banyak tapi cepat kecut? Ini cara simpan cili yang ramai tak tahu selama ini

Untuk pengetahuan anda, cara ini sesuai untuk sebarang jenis cili seperti cili padi dan cili hidup.

Langkah-langkah:

1) Cabut terlebih dahulu tangkai cili.

2) Setelah semua dicabut, basuh dengan air bersih cili-cili tersebut. Pastikan anda basuh dengan sempurna.

3) Selepas ia betul-betul kering, letak dalam sebuah bekas yang dilapik dengan sehelai tisu.

4) Akhir sekali dan yang paling penting, di dalam bekas yang sama, masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya.

5) Bawang putih ini bertindak sebagai agen anti-bakteria untuk melindungi cili anda.

Selepas ini, sudah tiada masalah cili cepat rosak.

@awangdapur Replying to @Golfsimulatormalaysia Tips simpan cili 🫡 #fyp #resepi #awangdapur #tipsdapur #resepimudah #masaktiktok #tipssimpancili ♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Selamat mencuba!

Baca Lagi:
Lebih 100 buah kenderaan kemalangan atas jambatan
Indonesia pelik kenapa harga petrol di Malaysia murah sangat berbanding di negara mereka
Pusat Zakat terkejut lelaki separuh abad datang dengan berjubah lusuh mahu bayar zakat RM1 juta