“Pelangi tak kedekut ink!”- Penuh kereta parking tepi jalan, teruja pertama kali tengok ‘hujung pelangi’

Photo of author

By Joe

“Pelangi tak kedekut ink!”- Penuh kereta parking tepi jalan, teruja pertama kali tengok ‘hujung pelangi’. Menjadi perkara biasa buat kita untuk merakam video atau menangkap gambar apabila menemui pemandangan cantik kerana mahu dijadikan sebagai kenangan.

Tular di platform TikTok berkenaan video orang awam dirakam menikmati sebuah pemandangan yang cukup menakjubkan iaitu pelangi yang kelihatan sangat jelas di laluan Bentong Bypass baru-baru ini.

Lebih menarik perhatian, majoriti pemandu sanggup memberhentikan kenderaan di sisi jalan untuk mengambil gambar dan video pada ketika itu. Manakan tidak, pelangi itu kelihatan sangat jelas dengan warna yang cukup vibran. Ini pengalaman mungkin seumur hidup sekali sahaja untuk menemuinya kerana ada yang mendakwa ia sebagai hujung pelangi.

"Pelangi tak kedekut ink!"- Penuh kereta parking tepi jalan, teruja pertama kali tengok 'hujung pelangi'

Dikatakan orang tua dahulu mendakwa terdapat harta dan emas, dan juga alam misteri di hujung pelangi kerana amatlah mustahil untuk seseorang itu menjumpai hujung pelangi.

@roslianaazman Cantik sangat sangat pelangi #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – adiit

Apa yang menarik di video lain pula, anda boleh lihat kehadiran pelangi yang kedua tetapi sedikit pudar berbanding yang satu lagi jauh lebih vibran dan jelas.

Tidak hanya di video, malahan majoriti netizen juga meluahkan rasa keterujaan melihat fenomena pelangi yang terjadi di lokasi tersebut.

@nrlizzatihisni Pelangi selepas hujan #bentong #mempaga #fyp ♬ 나타나 – KIM BUM SOO

"Pelangi tak kedekut ink!"- Penuh kereta parking tepi jalan, teruja pertama kali tengok 'hujung pelangi'

"Pelangi tak kedekut ink!"- Penuh kereta parking tepi jalan, teruja pertama kali tengok 'hujung pelangi'

Ada yang berkongsi bahawa lokasi itu memang selalu boleh dilihat kewujudan pelangi itu namun tidak secantik itu pada setiap masa. Mereka berkata anda perlu melalui sekitar jam 6 petang dan ke atas untuk melihat sendiri fenomena pelangi itu.

Baca Lagi:
Pusat Zakat terkejut lelaki separuh abad datang dengan berjubah lusuh mahu bayar zakat RM1 juta
Kearah akhir zaman, warganet terkejut wujud ‘group sewa isteri orang’ di Facebook, miliki ahli lebih 20,000 orang
Senarai artis yang keluar Islam kerana cinta