Indonesia pelik kenapa harga petrol di Malaysia murah sangat berbanding di negara mereka

Photo of author

By Joe

Indonesia pelik kenapa harga petrol di Malaysia murah sangat berbanding di negara mereka. Korang pernah bandingkan dan tahu tak berapa agaknya harga minyak petrol negara lain? Tapi itulah, kita jarang banding-banding ni tapi negara jiran kita, Indonesia ada bandingkannya.

Memetik laporan laman media Indonesia, Big Alpha, mereka mengatakan harga petrol di Malaysia jauh lebih murah dibandingkan dengan Indonesia.

Jika Malaysia ada Petronas, Indonesia juga ada Pertamina sebagai pengeluar minyak. Bagaimanapun, jika dilihat dari harga, RON95 di Malaysia hanya RM2.05/liter dan RON90 Indonesia pula RM3.06/liter. Kualiti minyak lebih rendah dari kita tetapi harga lebih mahal.

Indonesia pelik kenapa harga petrol di Malaysia murah sangat berbanding di negara mereka

Namun, jika dilihat dari faktor lain, sebenarnya Malaysia adalah negara pengeksport minyak dan Indonesia adalah negara pengimport minyak.

Dalam perkongsian itu, mereka turut menjadikan faktor geografi sebagai punca harga petrol mereka lebih mahal. Indonesia lebih besar dan banyak kepulauan untuk dihantar.

Walaupun begitu, harga petrol di Malaysia lebih murah kerana kerajaan memperuntukkan subsidi yang lebih tinggi iaitu sekitar RM81 bilion berbanding RM29 bilion di Indonesia.

Baca Lagi:
Nampak sedap rupanya bukan yang dijangka, pembeli kecewa beli ‘donat palsu’ di pasar malam Bachok
Duit terlalu banyak dalam stor, warga emas panggil 16 jiran bantu kirakan duit
“Malam sebelum bersalin, suami tiba-tiba luah sesuatu, lepas bersalin aku hampir meroyan!”