Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560. Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail kekal menjalani hukuman penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 atas 10 kesalahan rasuah melibatkan RM193,512, hampir 16 tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini selepas menolak rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai panel bersidang berpendapat, Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berdasarkan keterangan di Mahkamah Sesyen.

Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

“Setelah meneliti rekod rayuan dan kesemua keterangan serta alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, kami dapati keputusan Mahkamah Sesyen boleh dipertahankan dan tidak terdapat apa-apa kekhilafan hakim bicara yang memerlukan campur tangan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Dengan itu, keputusan mahkamah Sesyen dikekalkan. Kami juga berpuas hati tidak terdapat salah laksana keadilan di peringkat Mahkamah Sesyen. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan dan rayuan (bagi sembilan pertuduhan) ditolak,” katanya yang bersidang bersama-sama Hakim M. Nantha Balan dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Bagi satu lagi pertuduhan memperoleh suapan untuk melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor, Hakim Hanipah berpendapat, tidak terdapat kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul bagi kes tersebut. Dengan itu sabitan rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata hakim itu.

Mengikut sembilan pertuduhan, Abd. Ghani didakwa sebagai Ahli Jawatankuasa Tender Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika itu, memperoleh suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) berjumlah RM193,512.

Bagi satu lagi pertuduhan, Abd. Ghani didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Difahamkan, Abd Ghani yang telah membayar denda tersebut (RM977,560) akan menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Baca Lagi:
Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang
Mak ayah masih sihat umur 80 tahun, adik beradik dah mula sibuk bahagi harta padahal dalam simpanan masing-masing berjuta
Hilang sumber pendapatan, anak teringin makan nugget RM1 tapi aku tak boleh nak bagi…
CATEGORIES