Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang

Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang

Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang. Tiga suspek bertopeng dipercayai meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta melarikan sejumlah RM349,000 di Setia Alam pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek lelaki terbabit dipercayai memasuki ruangan mesin ATM itu jam 6.30 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk meletupkan dua mesin ATM itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pada jam 6.48 pagi tadi pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan kejadian itu.

Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang

Menurutnya, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua mesin ATM dalam keadaan rosak teruk dipercayai diletupkan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati sebuah mesin ATM berjaya dibuka manakala sebuah lagi gagal dibuka.

“Siasatan setakat ini juga mendapati tiga suspek dilihat memasuki premis ATM bank. Suspek menaiki kereta berwarna putih disyaki jenis Mitsubishi ASX.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kabur dan tidak jelas kerana suspek menyembur CCTV terdapat di premis bank menggunakan cat berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pihak forensik, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Post Balistic Investigation (PBI) turut ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Siasatan pihak forensik menyatakan letupan dipercayai dihasilkan dengan cara tekanan gas.

“Tiada kesan kebakaran di tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Anggaran keseluruhan kerugian adalah berjumlah RM409,000 di mana wang tunai sebanyak RM349,000 manakala selebihnya kerugian mesin ATM itu setiap satu RM30,000,” katanya.

Beliau berkata, usaha polis mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan. Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 8 saat memaparkan keadaan mesin ATM berkenaan dalam keadaan rosak teruk.

Baca Lagi:
Hilang sumber pendapatan, anak teringin makan nugget RM1 tapi aku tak boleh nak bagi…
Jutawan jatuh miskin, sekarang terpaksa niaga tepi jalan nak bayar hutang RM29 juta
Sesi pandu uji Perodua Axia SE 2023 sejauh 300km, ini 10 komen yang wajib anda tahu
CATEGORIES