Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut. Selari dengan peredaran masa dan video kesedaran daripada barisan doktor, masyarakat kini semakin cakna dengan risiko buruk penggunaan krim timbang kilo. Akan tetapi, ada yang masih berebut-rebut untuk membelinya lantaran terjebak dengan marketing hebat daripada founder.

Masa lawat kilang, terjumpa ramai artis & jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupanya OEM

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Tidak ketinggalan, semalam pengguna FB Emma Harshaw FX sempat mendedahkan pengalamannya bergelar Pengasas Kosmetik suatu ketika dahulu. Siapa sangka bisnes yang cepat ‘mengkayakan’ seseorang ini rupanya sarat dengan 1001 unsur penipuan. Mendakwa hasilkan produk dengan formula sendiri padahal mengambil stok kilang OEM serta menyewa kereta dan rumah mewah untuk nampak berjaya, itulah antara modus operandi kebanyakan founder.

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Acah ada rumah mewah padahal fake…Aku tak rasa ada keberkatan bila berbelanja duit tu

Hanya dengan 3 kali pengeluaran dari kilang, bayangkan golongan ini mampu meraih keuntungan ratusan ribu ringgit. Meskipun menjana wang yang banyak, hakikatnya jiwa Emma merasa tidak tenang kerana dia sedar rezeki terbabit adalah hasil taktik pembohongan berpanjangan.

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Assalam, ada yang tak puas hati ke? Kecek molek sikit…Tolong delete atau berdepan saman

Pendedahan ini telah dikongsikan lebih 6000 kali oleh netizen di media sosial. Namun nampaknya ada pihak yang mula ‘panas punggung’ dan mahu memfailkan saman jika Emma enggan memadamkan hantaran tersebut.

Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut

Berani kerana benar apalagi dia tidak memetik nama sesiapa dalam posting terbabit, Emma tidak gentar dengan ugutan mereka.

Baca Lagi:
Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta
Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul
Anak dedah wajah bekas isteri pengacara Halim Othman yang dinikahi di Thailand
CATEGORIES