Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul

Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul

Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul. Telefon pintar satu keperluan penting bagi menghubungkan ke mana-mana rangkaian untuk semua urusan bersama rakan, pejabat dan juga keluarga.

Telefon pintar yang disimpan di dalam poket seluar membahayakan kesuburan golongan lelaki.

Ini kerana berdasarkan kedudukan penyimpanannya, telefon tersebut adalah berhampiran dengan buah zakar golongan tersebut.

Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul

Berdasarkan kajian penyelidik di Klinik Cleveland, ia menyebabkan testis terdedah kepada gelombang elektromagnetik radiofrekuensi, dan ia sepatutnya menjadi kebimbangan semua lelaki.

Kajian tersebut dibuat berdasarkan sampel air mani yang dikumpulkan daripada 32 orang lelaki.

Mereka membahagikan sampel lelaki tersebut kepada 2 kumpulan.

Separuh sampel air mani diletakkan 2.5cm dari telefon bimbit dengan radiasi frekuensi 850 MHz dalam mod ceramah selama satu jam.

Frekuensi ini dipilih berdasarkan rangkaian sinaran biasa yang dipancarkan dari telefon mudah alih biasa, yang berkisar antara 850 hingga 900 MHz, dan telefon bimbit itu di dalam poket seluar anda.

Pendedahan kepada gelombang elektromagnet “radiofreency” menghasilkan paras radikal yang merosakkan testis, malah sperma yang menjadi lemah.

Berikutan itu, anda dinasihatkan supaya menjauhkan telefon bimbit dari zakar anda.

Ini kerana pakar mempercayai lelaki yang bercakap selama 3 hingga 4 jam sehari dengan telefon pintar mempunyai risiko kemandulan yang tinggi.

Seorang lagi perunding kesuburan, Gedis Grudzinskas, di Harley Street dan Hospital St George berkata, lelaki perlu menitik beratkan kesuburan mereka dan sebolehnya elak daripada terus ketagih menggunakan telefon pintar.

“Jika anda memakai sut untuk bekerja, letakkan telefon bimbit di dalam poket di bahagian dada anda dan bukannya berhampiran dengan testis anda kerana dapat mengurangkan risiko pengurangan sperma anda,” katanya.

Baca Lagi:
Pakar ramal fenomena El Nino kuat bakal berlaku di Malaysia
Salah isi minyak, Haqiem Rusli dan isteri saman stesen minyak
Pengusaha durian tempatan bakal terjejas semua, China keluarkan durian Jun ini
CATEGORIES