Bantuan e-kredit RM100 buat rakyat Malaysia boleh ditebus mulai Isnin

Bantuan e-kredit RM100 buat rakyat Malaysia boleh ditebus mulai Isnin

Bantuan e-kredit RM100 buat rakyat Malaysia boleh ditebus mulai Isnin. Tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100 sekali bayar buat rakyat Malaysia dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, e-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu berumur 21 tahun ke atas dengan nilai kos RM1 bilion.

Bantuan e-kredit RM100 buat rakyat Malaysia boleh ditebus mulai Isnin

“Seperti saya umumkan semasa peluncuran Ekonomi Madani, kerajaan akan melaksanakan program Emadani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 ‘one-off’ kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.
“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani akan dibuka mulai Isnin 4 Disember hingga 20 Februari 2024 membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijamin berkembang pada suku ketiga dengan mencatatkan pertumbuhan 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

“Ekonomi kita berkembang 3.9 peratus bagi sembilan bulan 2023, selari dengan unjuran KDNK 2023 sekitar empat peratus,” katanya.

Anwar juga berkata, kerajaan juga berjaya meredakan tekanan inflasi yang kini dicatatkan pada 1.8 peratus.

“Bermula dengan kadar empat peratus semasa kerajaan mengambil alih, kini setakat Oktober 2023, kadar inflasi hanya 1.8 peratus; terendah di rantau ini dan lebih baik berbanding kebanyakan negara maju,” katanya.

Beliau berkata tahap pengangguran juga berjaya diturunkan kepada 3.4 peratus setakat September 2023, iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum Covid-19 iaitu 3.3 peratus.

“Walaupun baru setahun, kita laksanakan dasar serta pendekatan yang jelas dan tegas yang tidak dilaksanakan sebelum ini, malah ada langkah Belanjawan Madani Kedua yang sudah pun dilaksanakan,” katanya.
Baca Lagi:
Ribuan rakyat Malaysia berebut minta kerja di Singapura selepas ditawar gaji RM7,000 sebulan
Pusing semenanjung Malaysia selama 12 hari dengan keluarga, lelaki ini dedah bajet berapa habis buat ramai tak percaya
Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia
CATEGORIES