Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia

Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia

Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia. Ajal dan maut merupakan rahsia Tuhan yang terbesar dalam hidup

Baru-baru ini, tular sebuah kenyataan tentang soalan jika ibu bapa meninggal, apa yang patut dilakukan di laman X.

Soalan itu menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai. Seorang wanita @ndhrxx_ bertindak membalas persoalan itu dengan beberapa panduan yang perlu dilakukan selepas seseorang itu meninggal.

Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia

Berikut merupakan panduan yang dikongsikan:

1. Pergi JPN buat surat kematian, sediakan kad pengenalan parent (fotostat kad pengenalan dulu untuk tujuan simpan buat kenangan sebab nanti JPN akan ambil IC).

2. Kalau parent bekerja, boleh pergi SOCSO. If ayah meninggal dan masih ada isteri dan adik bersekolah, boleh dapat monthly allowance berdasarkan gaji ayah.

3. Kalau ada Amanah Saham Bumiputera, boleh pergi kaunter dan tuntut khairat kematian.

4. Setelah itu, pergi KWSP, kalau tak letak penama, kena pergi mahkamah kecil untuk pengeluaran faraid duit KWSP.

5. Akaun bank pun akan dibekukan. Boleh pergi kaunter bawa surat kematian untuk tutup akaun. Jika ada duit dalam tu, kena faraid juga.

6. Untuk aset seperti kereta dan rumah, kalau masih buat peminjaman atas nama mereka, boleh pergi ke bank untuk inform.

7. Untuk kereta, selagi tak tukar nama, roadtax boleh renew 6 bulan.

8. Sijil mati, IC parent yang meninggal, and IC parent lagi satu, sijil nikah kalau boleh fotostat banyak siap-siap sebab semua tempat akan minta so better prepare siap-siap.

Jika berkenaan hal faraid pula, perlu pergi ke mahkamah syariah kalau nak senang

Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia

Wanita ini kongsi panduan apa yang perlu dibuat selepas ibu bapa meninggal dunia

Lihat posting itu di bawah:

Semoga dapat membantu sesiapa yang memerlukan!

Baca Lagi:
“Semua majlis kau sapu”- Abang foodpanda ‘langgar’ majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali
Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak
Semakin pelik perangai manusia sekarang, warganet takut tengok syarat lelaki ini buat servis seks jual isteri hamil 2 bulan
CATEGORIES