Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar

Photo of author

By Joe

Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar. Malaysia antara negara yang fasih bahasa inggeris tertinggi di dunia, khususnya di Asia, lapor tinjauan terkini EF English Proficiency Index (EF EPI).

Senarai ini meninjau 113 negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama. Ia mengukur tahap kecekapan dari tinggi hingga ke rendah dengan Malaysia dikategorikan sebagai peringkat kedua tertinggi.

Dari segi kedudukan, Malaysia fasih dalam penguasaan bahasa Inggeris ke-3 tertinggi di Asia mengikut tinjauan, di belakang Singapura pada kedudukan pertama dan Filipina di tempat kedua.

Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar

Di peringkat global, Malaysia menduduki tempat ke-25 dalam senarai. Bagi markah EF EPI 2023 City, hanya Kuala Lumpur yang berjaya dalam senarai dan begitu juga dengan kedudukan negara, ibu negara kita dikategorikan sebagai ‘Kemahiran Tinggi’.

Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar

Sebagai rujukan, Malaysia mencatatkan 568 dalam indeks 2023, jatuh 6 mata berbanding tahun lepas, manakala Kuala Lumpur memperoleh 564. Purata global ialah 502.

Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar

Menariknya, EF EPI 2023 mendapati wilayah teratas dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia ialah Perak (587), manakala bandar teratas ialah Kuantan (603). Manakala kumpulan umur yang menguasai bahasa ini di negara kita ialah 26-30 dengan purata markah 582.

Baca Lagi:
Rezeki pemandu lori dapat makan durian musang king percuma tepi highway
Polis dedah punca sebenar kejadian remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing
Pusing semenanjung Malaysia selama 12 hari dengan keluarga, lelaki ini dedah bajet berapa habis buat ramai tak percaya