Bank Negara Malaysia dah keluarkan notis, lelaki ini pesan sesuatu harap semua ambil tahu. Semalam, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan notis langkah berjaga-jaga kerana ada dakwaan di mana institusi kewangan negara kita berkemungkinan akan diserang oleh penggodam pro-Israel.
Menurut laporan Harian Metro, notis yang dikeluarkan oleh Pasukan Perisik Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTip) adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan tindak balas penggodam pro-Israel yang menyasarkan institusi kewangan di Malaysia.
Tindakan oleh penggodam pro-Israel tersebut dianggap sebagai serangan balas selepas kumpulan penggodam pro-Palestin negara ini iaitu ‘Dragon Force’ telah menyerang rangkaian strategik Israel baru-baru ini.
Orang ramai diminta hati-hati
Walau bagaimanapun sejak kecoh mengenai perkara ini, ramai orang di media sosial mula memberi pesanan supaya rakyat Malaysia berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa serangan siber.
Menerusi video oleh JalilRazak di TikTok, dia berkongsi salah satu cara serangan balas adalah penggodam akan menghantar beberapa pautan yang mencurigakan supaya pengguna telefon pintar akan menekan pautan tersebut.
Jika ada menekan pautan tersebut atau melakukan apa-apa transaksi yang meragukan, berkemungkinan besar anda akan menjadi mangsa jenayah siber.
Dia juga meminta orang ramai supaya menyebarkan awareness ini terutamanya kepada ibu bapa dan warga emas yang mungkin kurang pendedahan mengenai perkara ini.
Rata-rata di ruangan komen, ramai yang peka dengan pesanan ini dan akan mengingatkan kepada ahli keluarga mereka supaya berjaga-jaga.
@jalil_razak♬ original sound – JalilRazak
Fuh! Kena hati-hati ye semua!