Dapat selesaikan hutang RM1.2 juta, Ariff Peter kongsi amalan doa yang selalu dibaca

Dapat selesaikan hutang RM1.2 juta, Ariff Peter kongsi amalan doa yang selalu dibaca

Dapat selesaikan hutang RM1.2 juta, Ariff Peter kongsi amalan doa yang selalu dibaca. Seorang pemuda, Ariff Peter yang tular baru-baru ini kerana berhutang lebih RM 1 juta kini dapat menarik nafas lega apabila telah berjaya melunaskan hutang tersebut.

Jaga adab berdoa

Menerusi hantaran di TikTok, Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut memberi respon terhadap pertanyaan warganet berhubung doa yang diamalkannya untuk memudahkan urusan melangsaikan hutang.

Dapat selesaikan hutang RM1.2 juta, Ariff Peter kongsi amalan doa yang selalu dibaca

Aku bukan orang yang alim atau orang yang warak nak cerita pasal agama ini sebenarnya. Aku sedar yang aku banyak lagi yang perlu diperbaiki dan juga banyak lagi perlu mendalami ilmu agama.

Cuma aku rasa terpanggillah bila ada ramai sangat yang komen dekat aku, yang tanya dekat aku, yang DM aku tanya apa amalan aku buat sampai hutang aku yang banyak sangat tu boleh selesai.

Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang doa yang terperinci namun dia lebih mengutamakan adab ketika memanjatkan doa kepada Allah.

Sebenarnya bukanlah amalan sangat pun, cuma bila aku berdoa aku tak pakai ‘aku kau’. Aku selalu berdoa ‘Ya Allah..hamba’ . Sebab bagi aku sendiri ‘kau aku’ tu macam kita bercakap dengan kawan-kawan. Inikan pula bila kita nak memohon sesuatu kepada Tuhan.

Jadi yang pertama bagi aku adalah adab kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT dan paling penting sebenarnya adalah tingkatkan keyakinan sebagai seorang hamba.

Terdahulu, Ariff terpaksa menanggung bebanan hutang tersebut gara-gara terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.

@ariffpeter♬ Bagaimana Bisa – Panji Sakti

Baca Lagi:
Duit gaji hantar ke kampung, pak guard belanja RM100 sebulan, ini yang dia makan supaya tak lebih RM100
Wanita dijaga atuk sejak kecil, bila nak kahwin mak ayah datang minta semua duit hantaran, siap suruh nikah lepas bakal suami dapat kerja kerajaan
Dua pemimpin DAP terima gelaran Datuk ketika jadi wakil rakyat akan dikenakan tindakan
CATEGORIES