Bangunan pencakar langit 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa terbakar

Bangunan pencakar langit 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa terbakar

Bangunan pencakar langit 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa terbakar. Sebuah blok pangsapuri setinggi 35 tingkat terbakar di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini, lapor laman berita plnews.com.

Bangunan yang terletak berhampiran pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa itu terbakar dengan api dilihat menyambar setiap tingkat.

Rakaman di lokasi kejadian menunkukkan serpihan bangunan jatuh ke tanah.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada terdapat mana-mana penduduk yang cedera dalam kebakaran itu.

Bangunan pencakar langit 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa terbakar

Jelaga hitam akibat kebakaran itu boleh dilihat menutupi bangunan.

Blok pangsapuri itu adalah sebahagian daripada siri menara yang dipanggil 8 Boulevard Walk oleh Emarr, sebuah syarikat pemaju hartanah yang disokong oleh kerajaan UAE.

Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada pukul 3.45 pagi.

Beberapa siri kebakaran melibatkan bangunan pencakar langit di Dubai sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan struktur bangunan dan bahan-bahan lain yang digunakan di negara itu.

Pada malam sambutan Tahun Baru 2015, satu kebakaran melanda Address Downtown, salah satu hotel dan kediaman paling mewah di Dubai yang terletak berhampiran Burj Khalifa.

Baca Lagi:
Gaji aku sebulan RM1200, bila hari terakhir aku kerja bos bagi aku RM127 je, sakali ini yang jadi
Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak ‘gearbox’
Lelaki menang jakpot RM143 juta dengan modal RM52 sahaja, akhirnya ini yang berlaku kepada keluarga beliau
CATEGORIES