Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak ‘gearbox’

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak ‘gearbox’

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak ‘gearbox’. Penjagaan kereta dengan cara yang betul mampu untuk mengurangkan risiko perlu mengeluarkan belanja yang besar bagi membaiki kereta.

Seperti ramai yang ketahui terdapat beberapa komponen penting pada kereta yang perlu dijaga dengan cermat bagi mengelakkan daripada rosak.

Ini kerana, jikalau ianya rosak, pasti ia akan membuatkan anda pening kepala kerana perlu mengeluarkan belanja yang besar dan mahal.

Antara komponen yang dimaksudkan itu adalah kotak gear. Kerosakan pada kotak gear ini lazimnya jarang terjadi. Akan tetapi, apakah yang boleh menyebabkan ianya rosak?

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak 'gearbox'

Bagi pengguna kereta dengan gear automatik, ramai yang mempunyai pendapat bahawa kebanyakan orang tersilap teknik untuk masuk ke gear P. Adakah terus masuk gear P dan tarik brek tangan cara yang betul atau sebaliknya?

Bagi menjawab persoalan itu, seorang Jurutera Simulasi, Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba (Fluid Dynamics & Heat Transfer), serta mempunyai PhD dalam bidang automotif, Dr. Aid Fawzal ada menjelaskannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Saya ditanyakan kesahihan tentang teknik masuk gear P (parking) untuk kereta automatik.

Kebiasaanya kita daripada mode D (drive) kita tarik ke N Dan terus ke P. Tapi Abang dalam video ni kata salah. Sepatutnya D ke N. Tarik brek tangan baru ke P. Jom kita kupas, betul ke??

Point 1: Betul ke cara ni?

Ya betul!

Cara D – N – Brek tangan – P ni supaya kalau-kalau tempat parking kita itu tak rata & boleh menyebabkan kereta menggelongsor, segala beban akan ditampung oleh brek dan bukannya gearbox.

Pun begitu, kalau parking tempat rata, tak jadi masalah.

Point 2: Betul ke gearbox akan rosak?

Ya & tidak.

Ini kerana yang rosak bukan lah keseluruhan gearbox ataupun gear yang guna untuk memusingkan/menjalankan kenderaan. Bila masuk P, ada gigi asing yang akan menahan gearbox automatic daripada berpusing

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak 'gearbox'

Katakan lah kita selalu amalkan cara D – N – P baru brek tangan di kawasan parking berbukit, beban kereta akan ditampung oleh ‘parking pawl’. Dan komponen ni yang boleh retak/putus jika beban melampau atau berulang-ulang.

Nak tau bila korang buat silap??

Bila korang dah parking & nak jalan balik. Daripada gear P nak ke R atau N, ada bunyi sentap atau nak tukar gear jadi keras. Haaa.. tu tanda-tanda korang dah bagi beban berlebihan pada ‘parking pawl’ & boleh baw kerosakan kalau diulang-ulang.

Pilihlah cara mana yang sesuai dengan keadaan korang.

Gambar bawah ni antara rekabentuk awal ‘parking pawl’ untuk kegunaan automotif. Yang ini dicipta pada 1985 oleh Yamada, Kenichi Mitaka-shi (European Patent number EP0143604A1).

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak 'gearbox'

Disebabkan ada yang komen tanya cara diorang betul ke tak betul. Izinkan saya ulangi semula.

Teknik 1: ni teknik yang biasa kita amalkan. • Dari D – R – N & terus ke P. Baru tarik brek tangan.
Teknik 2: • Dari D – R – N, tarik brek tangan, baru masuk P.

Teknik 1 hanya sesuai untuk parking kawasan mendatar.

Teknik 2 sesuai kat mana-mana tempat.

Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak 'gearbox'

Nak gerak balik..

• Kereta automatik: Pijak brek – masuk gear D atau R – Pandang sekeliling – Turunkan brek tangan & jalan.

• Kereta manual: Tekan klac – Masuk gear 1 atau R – Pandang sekeliling – Turunkan brek tangan & jalan.

Ada kereta automatik tak perlu pening-pening. Bila sampai je destinasi, korang terus matikan enjin, pandai je nanti kereta tu brekkan & P kan gearbox.

Contohnya kereta Mercedes. Tu pentingnya baca buku panduan (manual handbook) kereta korang.

Macam mana dengan perkongsian Dr Aid ini? Jom kita cuba amalkan bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada gearbox mahupun pawl break.

Baca Lagi:
Pelajar sekolah buat video driff guna Alza, akhirnya ini yang terjadi ‘hancur’
Suami ‘lari’ ikut skandal, wanita buat “FB” live jual barang-barang suami, untung RM 24k
Lelaki menang jakpot RM143 juta dengan modal RM52 sahaja, akhirnya ini yang berlaku kepada keluarga beliau
CATEGORIES