Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184

Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184

Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184. Asteroid Bennu yang mempunyai saiz sebesar 482 meter dikatakan mempunyai satu daripada 2,700 kemungkinan untuk menghentam Bumi pada waktu tengah hari 24 September tahun 2184. Kenyataan ini dikongsi oleh Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada Rabu lepas.

Menurut laporan Daily Mail pada 11 Ogos 2021, NASA membuat kenyataan itu berdasarkan data yang dikumpul oleh kapal angkasa OSIRIS-REx yang menyusun sampel asteroid yang kembali ke Bumi.

OSIRIS-REx mengumpul data ketepatan untuk meramalkan sebarang objek berhampiran orbit Bumi, yang menunjukkan satu daripada 1,750 kemungkinan perlanggaran boleh berlaku pada masa 300 tahun akan datang.

Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184

Pengarah Program untuk Pemantauan Objek Berhampiran Bumi NASA, Kelly Fast berkata, misi pertahanan planet agensi tersebut sentiasa memantau asteroid dan komet yang menghampiri Bumi serta berisiko mencetuskan ancaman bahaya.

Katanya, walaupun terdapat kemungkinan Bennu bakal melanggar Bumi dalam tempoh tiga dekad akan datang, NASA juga melihat 99.9 peratus perkara itu tidak akan berlaku. Sekiranya Bennu melanggar Bumi, impaknya disamakan dengan kekuatan letupan lebih 1.1 bilion tan TNT.

NASA sebelum ini meramalkan Bennu akan menghampiri Bumi pada tahun 2135. Ini akan membantu para saintis memahami dengan lebih baik lintasan Bennu yang tepat, dan membantu mereka meramalkan bagaimana graviti Bumi akan mengubah jalan asteroid di sekitar matahari.

“Biarpun risiko melanggar Bumi adalah rendah, Bennu masih menjadi satu daripada dua asteroid yang paling bahaya dalam sistem solar. Satu lagi asteroid yang dibimbangi boleh mengancam Bumi adalah asteroid yang dikenali dengan nama 1950 DA,” jelas kenyataan NASA.

Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184

Asteroid sebesar 482 meter bakal hentam bumi pada waktu tengah hari 24 September 2184

Baca Lagi:
Pegawai Imigresen tidak dibenarkan tolak permohonan pelanggan yang tidak fasih bahasa Melayu – KP Imigresen
Syarikat pertama beri pekerja 10 hari ‘cuti sedih’ setahun
Kedai ini cari pekerja yang pandai buat roti canai, tawar gaji RM5,000 sebulan
CATEGORIES