Apa dah jadi dengan Azwan Ali jual burger tepi jalan?

Apa dah jadi dengan Azwan Ali jual burger tepi jalan?

Apa dah jadi dengan Azwan Ali jual burger tepi jalan? Tular video menunjukkan pengacara kontroversi, Azwan Ali yang sedang menjual burger di tepi jalan sehingga ada yang menyangka dia kini sudah beralih profesion baharu.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok dan Instagram, Azwan yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA kelihatan sedang asyik memasak daging burger sebelum disapa seorang pembeli.

Apa dah jadi dengan Azwan Ali jual burger tepi jalan?

“Kenapa tukang masak ini macam Diva AA” soal pembeli.
“Diva AA itu siapa, artis yang haprak itu?” jawab Diva AA.

Azwan ketika dihubungi Utusan Malaysia hanya tertawa mengenai video yang dimuat naik tersebut dan terpulang pada netizen untuk membuat pelbagai tafsiran.

“Ada dua perspektif, ada yang ingat ia hanyalah lakonan dan pemasaran. Ada yang percaya memang saya mengamuk,” katanya.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah gerai burger tepi jalan di Setia Alam, sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Baca Lagi:
Lelaki mengamuk tendang pintu surau tak puas hati jemaah tunai solat tarawih
Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian
6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara
CATEGORIES