6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara

6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara

6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara. Enam banduan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador, semalam.

Perkhidmatan Bersepadu Negara Terhadap Individu Yang Ditahan dan Pesalah Remaja (SNAI) berkata, pengawal keselamatan menjumpai mayat semua banduan terbabit dalam sel mereka di penjara Guayas 1 atau dikenali sebagai Litoral Penitentiary, lapor Xinhua.

6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara

“Perkhidmatan kami serta pihak berkuasa pusat itu bersedia bekerjasama untuk sebarang prosedur dan siasatan,” kata SNAI.

Menurut media tempatan, sel banduan terbabit dilaporkan berada bawah kawalan kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Sejak Februari 2021, seramai 214 banduan telah dibunuh di penjara itu.

Baca Lagi:
Jangan cakap kerajaan tak tolong, ini 5 perkara yang boleh keluar Akaun 2 KWSP
Gerhana matahari separa muncul sehari sebelum Aidilfitri selepas 3 tahun berlaku
Desas-desus 15 Ahli Parlimen BN akan letak jawatan?
CATEGORIES