Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian

Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian

Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian. Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri ke-10 (PMX) Anwar Ibrahim sekali gus ‘menjawab’ klip video tular yang memfitnah tokoh negara itu ‘gatal’.

Katanya, ekoran terlalu teruja, dia secara tidak sengaja melanggar Anwar yang berada di belakangnya yang sedang bersalaman dengan orang di sekelilingnya ketika itu.

“Teruja sangat jumpa DS (Datuk Seri) @anwaribrahim sampai saya terlanggar dia. OMG, maaf,” katanya.

Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian

Menjengah ke ruangan komen, video dikongsikan Elizabeth atau Lizzy itu mencetuskan polemik dalam kalangan warga maya.

Ada antara mereka meminta Lizzy untuk menurunkan video berkenaan.

“Harap padam video ini. Nanti jadi bahan politik. Kasihanlah pada PMX, kena fitnah hari-hari,” kata seorang pengguna Instagram.

Segelintir pengguna lain pula tertanya-tanya ‘siapa langgar siapa’ sebenarnya.

Lizzy turut memberi reaksi kepada pertanyaan seorang pengguna berhubung situasi itu yang menuduhnya “sengaja.”

Lizzy kemudian menjawab, insiden yang berlaku sekelip mata itu disebabkan dia cuba mendapatkan sudut video Anwar dengan lebih dekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

“Saya cuba dapatkan close up sikit. Tapi saya tak terfikir DS nak salam orang di depan saya.

“Ya ini laju (sepantas kilat) gila sebab ramai orang. Ini pertama kali dapat jumpa, baru saya tahu situasinya macam mana,” jelasnya.

Baca Lagi:
Jangan cakap kerajaan tak tolong, ini 5 perkara yang boleh keluar Akaun 2 KWSP
Gerhana matahari separa muncul sehari sebelum Aidilfitri selepas 3 tahun berlaku
Masjid di Bangsar jemput doktor keturunan Sikh beri ceramah dalam masjid
CATEGORIES