Anwar salah seorang panel Lembaga Pengampunan kes Najib Razak

Anwar salah seorang panel Lembaga Pengampunan kes Najib Razak

Anwar salah seorang panel Lembaga Pengampunan kes Najib Razak. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi sebahagian daripada anggota Lembaga Pengampunan untuk memutuskan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mana-mana individu boleh memohon pengampunan di Malaysia dan ia tertakluk kepada undang-undang dan proses undang-undang.

“Saya akan menjadi sebahagian daripada proses itu, dan mengenai perkara penganugerahan gelaran kebesaran dan pengampunan, ia adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
“Kita tidak perlu membahaskan perkara ini secara terbuka kerana kita perlu melalui proses itu,” katanya ketika ditemui media pada Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom di sini, hari ini.

Anwar salah seorang panel Lembaga Pengampunan kes Najib Razak

Anwar berkata, tidak timbul isu konflik kepentingan dengan beliau menjadi sebahagian daripada Lembaga Pengampunan.

“Saya (buat masa ini) belum lagi melihat prosesnya. Kita kena lihat kes itu. Saya rasa terlalu awal untuk saya mengulas sekarang, kerana saya tidak melihat apa-apa kecuali resolusi Umno,” katanya.

Di bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11)) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.

Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab di bawah Perkara 42(11) itu bukan Perdana Menteri tetapi Menteri Dalam Negeri.

Difahamkan Anwar berada dalam lembaga itu bukan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri tetapi menjaga portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.

Pada Disember tahun lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan disusun semula menjadi sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Anwar tidak mengumumkan Menteri Wilayah Persekutuan ketika mengumumkan Kabinetnya, Disember lalu.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat semalam memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan Umno daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri Umno.

Baca Lagi:
Suami gaji RM3,000 tapi ada hati nak berbini dua, siap angkut awek naik Genting Highland
Setiap hari pergi kerja naik Bentley Mulsanne, rupanya wanita ini kerja tukang cuci pinggan
Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina
CATEGORIES