Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina

Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina

Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengakui baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu.

Tunku Azizah bertitah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.

“Saya orang Kantonis, saya tahu cakap sikit bahasa Kantonis dan Hokkien. Jika saya ke China untuk cari susur galur, mungkin saya dapat cari rumah nenek moyang, boleh jumpa keturunan generasi keempat, tidak kiralah sama ada Ong atau Wong,” katanya semasa wawancara dengan Sin Chew Daily.

Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina

Baginda mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah atau nama asalnya Wong Ah Gew, isteri kepada Sultan Abu Bakar.

Pada 1885, Sultan Abu Bakar berkahwin dengan Sultanah Fatimah yang merupakan anak kepada keluarga saudagar yang kaya di Singapura.

“Darah Cina saya boleh dijejak kepada Wong Ah Gew. Dia berasal dari keluarga yang sangat kaya. Dikatakan, mereka pada masa itu ialah hartawan di Singapura yang sangat kaya seperti babak dalam filem Crazy Rich Asian,” titah baginda.

Tambah baginda, disebabkan akhirnya ketiga-tiga anak perempuannya berkahwin dengan kerabat diraja Johor, ia menyebabkan hartawan tersebut sangat marah.

“Tetapi melihat Sultan Abu Bakar sangat menyayangi anaknya, hartawan ini akhirnya meninggalkan semua hartanya kepada Istana Johor.
“Oleh itu, kalau melawat Muzium Johor, semua alat perak dan emak adalah milik Sultanah Fatimah, malahan barangan kemas yang saya pakai semasa perkahwinan juga adalah ditinggalkan Sultanah Fatimah,” titah Tunku Azizah semasa menceritakan sejarah keluarga baginda.

Tunku Azizah turut berkenan berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak baginda termasuk detik ketakutan apabila kehilangan sijil kelahiran.

Raja Permaisuri Agong memberitahu, disebabkan mukanya yang sedikit mirip orang keturunan Cina, ayahanda baginda pernah memberitahu bahawa baginda dikutip dari tong sampah di Tong Shua (China).

Baginda juga diberitahu, kehilangan sijil kelahiran akan menyebabkan baginda dimasak dengan kari untuk dimakan bagi dilahir semula.

“Saya takut selama beberapa hari pada masa itu. Bayangkan mereka mahu potong saya dan masak dengan kari untuk dimakan semata-mata kerana kehilangan sijil kelahiran.

“Saya menangis dengan teruk dan terus menangis, takut dimasak dengan kari dan dimakan,” kata baginda.

Tunku Azizah juga berkongsi cerita mengenai cermin mata yang baginda pakai ketika kanak-kanak.

“Saya mempunyai amblyopia ketika kecil. Apabila memakai cermin mata sayap seperti yang digunakan oleh Lydia Sum, saya benar-benar kelihatan seperti orang Cina,” katanya merujuk kepada pelakon veteran Hong Kong.

Baginda bertitah, cermin mata yang dipakainya membuatkannya kelihatan seperti penyanyi Hong Kong, Jenny Tseng, sekali gus mendorong keluarganya memberikan nama samaran Cina kepada baginda.

Dalam temu bual yang sama, Tunku Azizah juga menceritakan bagaimana seorang pekedai memanggil baginda sebagai kakak kerana tidak tahu identiti sebenar.

Jurujual bernama Keat hanya menyedari kesilapan itu selepas ditegur oleh rakan baginda.

“Saya dan rakan ketawa kerana melihat muka terkejut Keat. Saya bagaimanapun memberitahu bahawa dia boleh terus memanggil saya kakak,” titah baginda.

Baca Lagi:
Senarai ATM yang boleh tukar duit raya, siap dapat sampul free
5 putera Raja Malaysia yang paling handsome, no 4 tak pernah nampak pun selama ini
Pernah catat sejarah hantaran kahwin paling mahal RM77,888.77, ini keadaan terkini Juliana Banos
CATEGORIES