Anak tikam doktor sampai masuk ICU, ibu tampil dedah cerita sebenar

Photo of author

By Joe

Anak tikam doktor sampai masuk ICU, ibu tampil dedah cerita sebenar. Sehari selepas seorang doktor di Hospital Kalaignar Centenary, dekat Chennai, India, ditikam sebanyak tujuh kali oleh anak bekas pesakitnya, ibu kepada suspek tampil membela tindakan anaknya.

Wanita tersebut, yang merupakan pesakit kanser, mendakwa bahawa anaknya, Vignesh, menyerang doktor tersebut kerana beliau tidak menerima rawatan perubatan yang sewajarnya.

Menurutnya, kecuaian doktor tersebut telah menyebabkan serangan itu berlaku.

Anak tikam doktor sampai masuk ICU, ibu tampil dedah cerita sebenar

Dr. Balaji, yang mengalami kecederaan di leher, telinga, dahi, belakang dan perut dalam serangan tersebut, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu telah mencetuskan kemarahan politik di negeri itu, dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin, mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.

Difahamkan, suspek menyerang Dr. Balaji kerana rasa kecewa apabila menganggap doktor tersebut tidak memberikan rawatan yang mencukupi untuk ibunya, yang sebelum ini berada di bawah jagaan doktor tersebut.

“Ibu saya mendakwa Dr. Balaji langsung tidak memandang saya semasa sesi konsultasi. Anak saya sangat menyayangi saya. Dia juga menghidap penyakit jantung dan epilepsi. Dia bertindak demikian kerana berasa saya tidak diberi rawatan yang sewajarnya,” kata ibu kepada Vignesh.

Wanita tersebut juga mendakwa bahawa dia telah diberi maklumat yang salah mengenai keadaan kesihatannya. Menurutnya, pihak hospital memaklumkan bahawa dia menghidap kanser tahap dua, tetapi sebenarnya dia disahkan menghidap kanser tahap lima.

Akibat masalah kewangan, dia tidak dapat menjalani rawatan lanjut di Institut Kanser Adyar. “Dr. Balaji mengatakan bahawa saya tidak memerlukan sesi kemoterapi lagi dan terus berlalu. Adakah saya musuhnya?” soal wanita itu dengan kecewa.

Pada Rabu lalu, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan Vignesh berjalan dengan tenang di dalam hospital selepas menyerang Dr. Balaji. Rakaman itu juga menunjukkan dia secara diam-diam mengeluarkan pisau, membersihkan dan menyembunyikan alat tajam tersebut sebelum membuangnya.

Vignesh ditangkap dan kemudian ditahan reman selama 15 hari pada petang yang sama.

Selepas kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Thousand Lights yang juga seorang doktor, Dr. Ezhilan, mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil persatuan doktor dan Ketua Menteri MK Stalin. Mereka menekankan keperluan mendesak untuk melindungi para profesional kesihatan.

Baca Lagi:
Ibu pilu temui anak mati dipanggang dalam ketuhar bakeri
Empat anggota polis ditahan kerana curi rantai emas wanita meninggal dunia dalam kereta
‘Tengok pada batang mangga’ salah satu dari 4 tip nak pilih buah mangga ranum dan manis