Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan ‘berkuasa’

Photo of author

By Joe

Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan ‘berkuasa’. Selepas pasport Malaysia naik satu kedudukan untuk menjadi pasport ke-11 paling berkuasa di dunia, perbincangan hangat meletus di media sosial dan mengundang maklum balas netizen dari seluruh Asia Tenggara, lapor laman berita VN Express hari ini.

Pemegang pasport Malaysia kini menikmati akses tanpa visa ke 183 daripada 227 destinasi, meningkat daripada 179 tahun lalu, menurut indeks terkini pada Oktober lepas oleh Henley & Partners, sebuah firma penasihat kewarganegaraan dan kependudukan global yang berpangkalan di London.

Ini merupakan ranking tertinggi Malaysia sejak 2014, sekali gus membayangkan peningkatan reputasi pasport tersebut.

Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan 'berkuasa'

Ramai warga Malaysia menyuarakan kebanggaan dan meraikan pengukuhan pasport tempatan yang membolehkan mereka melakukan perjalanan hampir ke mana sahaja tanpa perlukan visa.

“Apabila saya pergi ke Maghribi, pegawai kastam meminta visa saya. Saya memberitahu bahawa warganegara Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk. Mereka membuat semakan sekali lagi dan datang semula sambil berkata, ‘Anda betul. Anda tidak perlukan visa.’ Perasaan hebat kerana dapat memasuki sesebuah negara tanpa visa,” kata seorang netizen yang berkongsi pengalamannya di Facebook.

Seorang lagi netizen berkata: “Saya kerap melawat Denmark dan tidak pernah mempunyai masalah dengan imigresen. Ia sentiasa lancar dan mereka menghormati negara kami.”

“Baru-baru ini, saya pergi ke Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Saya setuju, pasport Malaysia adalah pasport yang dihormati. Tiada masalah langsung dan saya sentiasa disambut dengan senyuman,” kata netizen lain.

Sebilangan netizen turut memuji reka bentuk unik pasport Malaysia.

Di bawah lampu ultra ungu, pasport Malaysia mendedahkan ilustrasi mercu tanda ikonik negara itu termasuk masjid dan bangunan bersejarah. Ia turut menampilkan bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya.

Di Asia Tenggara, pasport Malaysia adalah yang kedua paling berkuasa di belakang Singapura.

Perbincangan tersebut mendapat maklum balas netizen di seluruh rantau Asia Tenggara.

Di platform X pula, seorang netizen Indonesia bernama Zakky berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana pasport mereka bukan sahaja memiliki reka bentuk unik tetapi juga berkuasa.

Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan 'berkuasa'

“Bertuah menjadi rakyat Malaysia. Pasportnya berharga dan membolehkan anda melakukan perjalanan hampir ke mana sahaja tanpa visa, tidak seperti kami,” katanya.

Seorang pengguna Filipina, Ian Paul Saligumba memberitahu: “Sebagai warganegara Filipina saya setuju. Inilah sebab saya hanya melawat negara-negara bebas visa setakat ini. Saya tidak suka kerumitan dalam memohon visa.”

Bao Dinh Nguyen dari Vietnam pula menyuarakan kekecewaannya apabila menyatakan: “Salah satu pasport paling berkuasa di Asia. Tidak seperti Vietnam, kami memerlukan visa hampir ke mana sahaja kami pergi melainkan negara-negara ASEAN dan segelintir negara kecil. Kadang kala, anda kecewa kerana permohonan anda ditolak sedangkan anda sudah bersiap sedia untuk melakukan perjalanan.”

Pasport Vietnam jatuh tiga kedudukan untuk menduduki tempat ke-90 dalam ranking dunia dan membenarkan perjalanan tanpa visa ke 52 destinasi sahaja.

Baca Lagi:
Anak tikam doktor sampai masuk ICU, ibu tampil dedah cerita sebenar
Gara-gara ketagih judi online, isteri siram petrol ke tubuh suami bakar sampai mati
Empat anggota polis ditahan kerana curi rantai emas wanita meninggal dunia dalam kereta