‘Tengok pada batang mangga’ salah satu dari 4 tip nak pilih buah mangga ranum dan manis

Photo of author

By Joe

‘Tengok pada batang mangga’ salah satu dari 4 tip nak pilih buah mangga ranum dan manis. Antara pokok yang menjadi pilihan penduduk di Malaysia untuk ditanam adalah pokok buah mangga. Selain tidak bermusim, pokok mangga mampu menghasilkan buah yang banyak dalam satu masa. Malah, pokok mangga juga lebih mudah dijaga berbanding pokok buah-buahan lain.

Mangga, mempelam, pauh—hanya dari segi nama panggilan sahaja sudah ada tiga yang berbeza, apatah lagi jenisnya.

Menurut rekod yang disimpan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, terdapat 99 jenis buah mangga yang telah didaftarkan. Namun, setakat ini, hanya enam jenis mangga tempatan yang boleh didapati di pasaran, iaitu MA128 (Harumanis), MA162 (Foo Fatt/Golek), MA165 (MAHA 65), MA204 (Melele), MA223 (Nam Dok Mai), dan MA224 (Chokanan).

'Tengok pada batang mangga' salah satu dari 4 tip nak pilih buah mangga ranum dan manis

Biarpun diketahui bahawa buah mangga mempunyai beberapa jenis, ramai yang menghadapi kesukaran untuk memilih buah mangga yang ranum dan manis. Lebih sukar lagi apabila kulit dan bentuknya kelihatan hampir serupa.

Untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat, Leha Yusuf telah berkongsi beberapa tip untuk memilih buah mangga. Tip yang dimuat naik di laman Facebook ini sememangnya ringkas dan mudah dijadikan panduan bagi mereka yang tidak biasa dengan jenis-jenis buah mangga.

4 Tip Pilih Buah Mangga yang Ranum, Manis, dan Lazat:

1. Tengok pada batang mangga:

Sebaiknya pilih buah mangga yang batangnya tidak “digunting”.

2. Lihat bentuknya:

Mangga yang bulat di bahagian atas (dekat batang) biasanya lebih manis berbanding dengan mangga yang bentuknya leper dan bujur.

3. Periksa kulit mangga:

Pilih mangga yang kulitnya nipis. Mangga yang masih muda biasanya mempunyai kulit yang lebih tebal. Mangga yang matang akan menunjukkan kesan getah kehitaman dekat batangnya. Namun, berhati-hati, tanda hitam yang terlalu banyak menandakan mangga mulai busuk, terutama jika terasa lembik apabila dipegang.

4. Hidu bau aromanya:

Mangga yang matang mempunyai aroma yang lebih kuat. Jika anda memilih mangga dalam satu bekas, sebaiknya kenali mangga yang mempunyai aroma lebih kuat berbanding yang lain.

Baca Lagi:
Hanya 3 minit sahaja dibenarkan berpelukan di zon ‘drop off’
Pertama kali datang ke Terengganu, wanita dari Sabah menang jongkong emas
PMX buat pemeriksaan mengejut di stesen minyak, diapit ‘bodyguard’ cilik