Ibu pilu temui anak mati dipanggang dalam ketuhar bakeri. Baru bermigrasi dari India ke Kanada kira-kira 3 tahun lalu, dua beranak iaitu Gumsimran Kaur, 19, dan ibunya telah sama-sama bekerja di sebuah cawangan pasaraya Walmart selama 2 tahun.
Namun pada 19 Oktober lalu, si ibu langsung tidak menyangka sebuah kejadian pilu akan mengakhiri hidup anak perempuannya buat selama-lamanya.
Ibu pelik anak tiba-tiba hilang ketika waktu kerja Sepanjang bekerja dalam shift yang sama, si ibu ini akan sesekali memeriksa keadaan anaknya. Malangnya pada malam 19 Oktober, dia menyedari gadis itu tiada di bahagian tempat kerjanya.
Mulanya, mereka menyangka mungkin Gumsimran sedang melakukan kerja di bahagian urusan pelanggan dalam pasaraya itu. Namun firasat kurang enak semakin kuat dirasai kerana Gumsimran tidak menjawab panggilan telefon. Walhal selama ini, anaknya tidak pernah bersikap sebegitu.
Ibu temui anak dalam ketuhar walk-in
Beberapa jam kemudian, seorang pekerja lain berkata mereka ternampak seperti kesan ‘kebocoran’ pada ketuhar di bahagian bakeri. Si ibu mengambil tindakan berani untuk membuka ketuhar besar jenis walk-in tersebut dan akhirnya menemui ‘sisa-sisa’ tubuh Gumsimran yang sudah habis dipanggang.
Hingga saat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada ia berlaku secara tidak sengaja atau mungkin ada unsur-unsur jenayah.
Ketuhar amat sukar ditutup & tidak mungkin tertutup sendiri
Dalam masa yang sama, persoalan mula tercetus bagaimana Gumsimran boleh terperangkap dalam ketuhar besar itu? Beberapa pekerja Walmart yang sudah biasa mengendalikan ketuhar tersebut menjelaskan bahawa sebenarnya amat mustahil untuk seseorang terperangkap di dalamnya.
Di bahagian dalam terdapat besi kecemasan yang boleh ‘melantunkan’ pintu ketuhar sekiranya ia tertutup. Pintu ketuhar hanya boleh ditutup rapat dari arah luar, dan ia perlu ditolak dengan sekuat hati sehingga ada bunyi ‘klik’ sebelum proses pemanggangan bermula. Malahan, semua butang untuk menghidupkan ketuhar juga hanya boleh ditekan dari luar.
Berikut merupakan beberapa video demontrasi oleh pekerja Walmart menunjukkan ketuhar ini tidak mungkin tertutup sendiri :
@brandongonezshow Check out these people showing how walk-in ovens operate at their workplace. After the recent tragedy of a 19-year-old died inside a Halifax Walmart store, many are left wondering how this could happen. #Walmart #WalkInOvens #employees ♬ original sound – The Brandon Gonez Show